Ahad, 4 Disember 2011

Pindah

Assalamualaikum,
Pindah...pindah...pindah, setakat nie dah berlaku sebanyak 4 kali perpindahan dalam idup aku. Welawei....penat sunggoh sepanjang melalui proses ini. Bermula dari tahun 2004, perpindahan pertama selepas kawin. Lokasi dari Kota Bharu ke Dungun. Sebab perpindahan coz aku ditempatkan di pejabat tapak bagi projek pembinaan jambatan Dungun. Sang suami plak masih berada di Kelantan....akibat dari itu jadilah 'perhubungan jarak jauh' antara kami. Tahun 2005, sang suami tamat kontraknya di tapak projek pembinaan jambatan Tendong, Pasir Mas...alhamdulillah, berpindahlah pulak die ke Dungun untuk bersama dengan sang isterinya ini. Tapi gumbiranya sekejap saje. Bulan feb 2005 aku mendapat tawaran bagi jawatan Pembantu Teknik dengan sebuah jabatan kerajaan. Kena lak lapor diri di kementerian kat Putrajaya nun. Syukur alhamdulillah, aku berjaya ditempatkan di pejabat cawangan iaitu di Kuala Terengganu. Errrrrmmmmm....nampak gayanye aku kena berulanglah setiap hari dari Dungun-K.Trg dengan perjalanan mengambil masa 1 jam (140km-pergi balik)/hari. Takpe lah...demi kerjaya, aku berkorban. Bertahan selama 2 bln berulang, aku mula rasa keletihan dan keboringan memandu jarak jauh setiap ari. Ambik keputusan untuk menyewa bilik di K.Trg. Jarak jauh pulak dengan sang suami...again!!Bulan ogos 2005 sang suami plak mencadangkan untuk berpindah dan menyewa sebuah rumah di K.Trg....kesian katanya kat aku pasai kena berulang seminggu skali ke Dungun. Kali nie biar die plak yg berulang-alik. 
Okaylah...untuk kali ke-2, kami berpindah lagi. Ketika itu sang suami masih dengan projek di dungun sehinggalah tahun 2006 die berpindah plak ke projek di Kemaman. Aduyai...makin jauh pulak, kalo diukur dengan masa perjalanannya makan smpi 2 jam++, coz masuk ke site projek tu jauh ke dalam ceruk hutan. Tapi pe kan daya, dah rezeki kami kut...terimalah seadanya. Selama itu berulang lah sang suami setiap hujung minggu untuk menjenguk sang isteri. Kebetulan lak time tu sang anak masih kecik....semangat ler die nk jenguk anaknye. Situasi itu berpanjangan sehingga lah ke tahun 2009. Niat di hati nk terus menetap di K.Trg....nak usha2 rumah ler. Alang2 dah lama beno menyewa ade ler baiknya kalo beli.. bleh jadi aset. Tapi begitulah kalo dah jadi ketentuan, dah tersirat dalam kamus hidup. Berlaku sesuatu yang mengejutkan dalam organisasi jabatan. Semua pejabat cawangan diarahkan tutup dah berpindah ke ibupejabat di kuala lumpur. Adoiy...hai, kusut3!!! Bulan julai 2009 berhijrah lah aku ke Kuala Lumpur dengan meninggalkan sang suami bersama sang anak di K.Trg. Again....aku menyewa bilik di segambut! Perancangan awalnya, sang anak sengaja ditinggalkan bersama sang suami sbb aku nk cuba buat surat mohon tukar jabatan dengan menjadikan alasan sang suami & sang anak berada di kampung. Harapan aku semoga semua ini tak lama, semoga ade sinar kecerian untuk membolehkan aku tinggal serumah dengan sang suami dan sang anak. 
Pada Ogos 2009 buat kali ke-3, sang suami memutuskan untuk berpindah semula ke Dungun. Bagus jugak cadangan die pasai kesian kat die coz terpaksa berulang alik setiap hari dari Dungun-K.Trg semata2 nk menghantar &mengambil sang anak di nursery. Selama lebih 2 1/2 tahun aku setia berulang dari Kuala Lumpur-Dungun, semata2 untuk menjenguk sang anak dan sang suami. Sedih...sedih...sedih...ape nk buat kan??Untuk kesekian kalinya, tahun ini 2011...berlaku lagi kejutan bodoh dalam organisasi jabatan nie. Dasar penswastaan....bla..bla...bla, malas aku nk citer menda x masuk dek akal!!! Disebabkan situasi itu lah, harapan untuk aku kembali ke kampung terencat & makin kabur. 
Buat kali ke-4, aku dan sang suami buat keputusan untuk berpindah LAGI!kali ini lebih jauh, bukan lagi dalam terengganu bukan jgk kelantan....tempatnya kali nie jauh di selatan negeri selangor. Tanggal 2 dis 2011 berpindahlah aku ke sini. Kali ini bersama sang anak pulak meninggalkan sang suami yg masih lg berada di terengganu atas tuntutan kerjayanya. Alahai...macam tu lah, kite nie hanya merancang tetapi yang menentukan segalanya hanya ALLAH SWT saja yg berkuasa. Lepas ini aku tak tahu ape plak yg akan berlaku. Harapan aku yg tak pernah2 putus selama ini adalah untuk tinggal sebumbung semula dengan sang suami. Sama2 mendidik anak dan sama2 merancang masa hadapan. Waallahulam....semoga Allah ampun dosa2 ku yg lampau.

i luv Allah....