Khamis, 14 Jun 2012

Rumah Lot 1590A

Assalamualaikum,
Yiehaaaa....alang2 dah start cerita mula ler nk menulis jer. Kalo tak start terus jadi pekasam jer blog nie....basi terus dah x sedap, ehek. 
   Kali nie lak nak berceghite pasai rumah pusaka kat Kota Bharu. Skrg nie didiami oleh Chek & kakak sekeluarga merangkap peneman Chek dikala kesunyian. Berkat rezeki Chek yang murah, maka Chek pun memasang niat utk memperbaikinya supaya lebih kukuh. Maklum ajer lah...rumah tu dah agak uzur dan lama. Chek kata dah lebih 40thn usianya. Itu ler yang bleh dijadikan kenangan hasil binaan arwah ayah. Kami sume sayangkan umah itu. Dari tahun 1988 kami mula berpindah ke rumah tu selepas ayah meninggal. Macam-macam kenangan suka, duka, pahit, manis dan segala macam rasa kami kat rumah tu. Ketujuh2 adik-beradik i dari k.ma, kakak, achik, abang, thok, i sdri and razak sume berkawin kat umah nie. Ada jgk yg melahirkan anak (cucu Chek) kat sini jgk  & i plak pilih berpantang kat situ 6 thn lepas. Aduyai...memang touching and high value lah. Sekarang walaupun masing2 dah kuar dan berhijrah keluar dari rumah tu, namun kami tetap balik ke situ jugak. Mana lagi kami nak terjah kalo bukan ke situ. Itu lah umah Ibu kami...pusat berkumpulnya kami sekeluarga. Bilangan keluarga kami semakin membesar maka itu adalah salah satu faktor yang mendorong untuk Chek membaikpulih rumah kesayangan kami semua.
 Last week i balik kg, sempat jgk lah ambik picture saat2 terakhir rumah tu dirombak sedikit. Tp yg dinak dibaiki sepenuhnya hanya dibahagian dapurnya sahaja. Untuk part ruang tamu Chek nak kekalkan yang asal cume gantikan bumbung dan lantai yg baru sahaja. Lepas tu tambah bilik lagi satu. Haaahhh....i tak sabar nak tgk rumah pusaka tu selepas make over. Bersama2 ini i slotkan sikit gambar sebelum dan selepas part dinding dapur tu ditanggal.


Sebelum:  bucu dapur yg dinding zink tu tempat memasak tau.

Selepas: saat2 dinding dan zink bumbung rumah mula dicabut satu-persatu. 
Anyway, bagi pihak adik-beradik i nk wish million of thanks to my brother in law iaitu abg zaip coz dengan jasa dan usaha die lah sume nie dapat dilaksanakan seiring dengan kehendak Chek. Juga kepada kakak i merangkap isteri kpd abg zaip yang selama ini tolong jaga dan tengok2 kan Chek untuk kami. Kami berhijrah bukan suka2 tapi atas tuntutan kerjaya. Insyaallah, murah rezeki nanti i akan kembali ke negeri Kelantan nie....Amin.

i luv Allah....

suamkan blog yang beku

Assalamualaikum,

waduh3...rindu bangat seh. Sekian lama tidak mengupdate blog nie. Terlampau banyak rasanya nak diceritakan sampai tak tau yang mana satu nak dimulakan dulu...huhhh, tarik nafas sikit.
Yihaaaa......nak melotop raso dado den nie. Dah tak soba2 nak kluarkan idea tapi kena kumpulkan bunga2 ayat dan coretan supaya lebih teratur dipaparan blog ini. Bior bahasa seindah paras rupa...ahaaaiiii.
 1st nak share good news kat sini iaitu berkenaan dengan pendaftaran haji. Alhamdulillah, i dgn aisy dah wat pendaftaran kat pejabat Tabung Haji Kajang hari isnin lepas (11 Jun 2012). Simpanan yang perlu ade dalam akaun yang melayakkan utk mendaftar masih lagi RM1300. Insyaallah, tarikh untuk tunaikan Haji bermula 38 tahun dari sekarang. Mak ai...ternganga mulut i bile pegawai Tabung Haji tu kata puan akan pergi ke mekah pada umur 70++tahun dan anak puan berumur 44 tahun. Tua nye....sempat ker idok i nk smpi ke umur tu. Siap ty lg kat pegawai tu.."agak2 kalo sy nk pergi sebelum umur tu boleh dak encik?kalo umur 70++ tu dah tua kut"...heheheh. pegawai tu jawab.."insyaalllah...kite tgk dlu mcmana". Tp x per lah...at least i dah daftar kan. Macam Chek (mak kesayangan i ler tu) kata,.."x per lah, sekurang2nya kite ade niat nk pergi. Insyaallah..Allah akan permudahkan jalan".
satu buku i, satu lagi buku aisy.
Betoi kata Chek tu &n i nk share kat sini adalah kekaguman i dengan sikap Chek. Dah 1x tunaikan haji dan sehingga kini masih tidak jemu2 untuk tunaikan umrah plak. Bukan sume org bleh jadi mcm Chek. Hati dan jiwanya seolah2 separuh dah diletakkan di Mekah....subhanallah, Maha Suci Allah. Apa2 pun semoga Chek sentiasa mendapat limpahan Rahmat dariNya. i sebagai salah seorang dari anak2 Chek mendoakan semoga perjalanan Chek ke tanah suci pada 18 Julai 2012 nanti selamat pergi dan selamat kembali ke tanahair...Amin.

i luv Allah....