Selasa, 31 Januari 2012

Bila Hero Ummi Disakiti

Ahaaa...nak bercerita sikit, hal budak2 tp kadang-kala kena campurtangan ibu bapak jugak kan? jom terus pada kisah kali ini. Sebelum tu kena bukti bergambar sikit;
Tu die...nampak tak?yg tanda dah macam luv bite tu haaaaa...ish3! Itu memang bite tp gara2 bergurau dengan kawan kat tadika. 1st time aku tengok tu kesan gigitan tu agak teruk ler jgk..sampai bleh kira brp bilangan bekas gigi kat kulit aisy tu. Huhuhu...budak mana ler yg jenis suka gigit-menggigit nih??Tanya dengan aisy...katanya ade sorang budak tu bernama 'sekian2' yg gigit die. Kesnya berebut tilam time kat transit. Hai...gitu plak. Xper lah aisy...nanti ummi buh obat n minum obat jugak. Hampir2 demam aisy dibuatnya gara2 gigitan itu. Esok ummi akan jumpa dengan ustazah, nk kenal mesra dengan budak tu...

i luv Allah....

Ahad, 29 Januari 2012

HomeWork

Haluuuu.....haaahhh, baru bleh tarik nafas lega sikit. Dari pagi tadi mulakan dengan memasak nasik dan sediakan juadah utk makan tengahari. Breakfast???...huhuhu, style aku kalo hari minggu nie breakfast biasenya di skip walaupun aku tahu itu x sepatutnya berlaku dan tak elok diamalkan selalu. Hermm...sehingga jam 12 tghari aku dah siap masak satu lauk yg sesuai utk org malas cam aku nie, ambik dari resepi dari blog akak rohaisha (Damar Qalbu). Taraaaa......Ayam Kukus Halia
halia yang banyak hingga menutupi ayam2nya...sedaplah.
Alhamdulillah, rezeki aku hari ni dah pun aku dengan Aisy nikmatinya dengan penuh kesyukuran. Masak sudah makan pun sudah....tgh ke sana ke mari, mata nie dari semlam dah terasa sakit jer setiap kali terpandang bakul besar yg bertimbun dengan kain baju tu. Dah kering 2,3 hari lepas lagi. Tp sebab sibuk beno bekerja kat bandar besar nie kan (busy dengan jammed) kuar awai pagi balik sampai umah lewat petang jadinya waktu malam tu terasa cepat sangat berjalannya. Duk wat itu ini sedar2 dah tengahmalam. Last2 kain tu duk ler bertambun2 tak pernah susut2 pun sampai ler ke hari nie. Aduyai...kalo aku x lipatkan sapa lagi yg nk tolong watkan, x kan aisy kut?no..no..no! banyaknya kain baju nie...walhal duk berdua jer. Okaylah, membebel pun tak guna....sambil2 tumpang aisy layan "Stuart Little" tu tangan yg lembut nie menari gemalai sari melipat kain baju tu. Akhirnya, selesai jugaklah kerja rumahku hari ini...hahhh. Aisyyy....cepat buat homework, esok dah sekolah. Ummi gunakan kuasa veto....huhuhu

Aisy yang patuh pada perintah ummi dengan segera terus buat homework...hahahah
ummi sayang aisy sangat3.


i luv Allah.....

Jumaat, 27 Januari 2012

Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu



Bercucuran airmata bila mengenangkan

Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan

Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu.....
Aduyai...camner tengah2 khusyuk layan lagu2 nyanyian penyanyi Aishah dalam youtube nie bleh termuncul lagu nie. Muzik intro masuk, hati dah start sayu. Masuk jer lagu mate udoh bergenang....sampei tang chorus dah berjurai2 ayo mate tu turun. Pasai ler hati nie 'tersayu' plak?ape idoknya teringat kat Ibunda a.k.a CHEK satu2nya mak yang aku ade atas dunia nie. Ayah dah lama x der....jadi kasih sayang sume tumpah kat die jer. Rindu jer mesti nk tipon tanya kabor. Nie sebab dah lewat malam jer...kalo awai2 dah tentu x nyempat2 tangan nie mendail nombor henpon CHEK. Begitu ler nk mengkhabo kan kat sini yer....betapa besarnya kuasa seorang ibu. Dengar lagu cerita pasei pengorbanannya pun hati udoh menggelepor kesayuan. Itu aku ler...org lain ntah ler pulak. Begitu ler kesahnya...aku adelah anak kepada CHEK dan sekarang aku dah jadi Ummi kepada Aisy. Harapan aku yang setinggi Gunung Everest nie pada anak aku pulak adalah jadilah seperti Ummi,heheheheh.....waima dah kawin & beranak, ibu tetap menjadi Pujian Hatiku. Harapan aku sebagai ibu kepada Aisy, bukan harta benda yg Ummi harapkan apabila kamu dewasa kelak. Cukuplah dengan ingatan, penghormatan dan pengiktirafan Ummi sebagai '1st Lady' dalam hidup ANAK UMMI. Tapi andaikata harta benda kamu hulurkan jua....tak akan mungkin UMMI menolak, udah itu rejeki namanya bukan? Dengan itu UMMI panjatkan Syukur Alhamdulillah.

aku telah menjadi anak kepada Chek...dunia sampai akhirat, " Chek...you are my 1st Lady".
giliran aisy pulak penyambung generasi menjadi anak aku...dunia sampai akhirat.


i luv Allah......