Isnin, 27 Jun 2011

Monday = mood blues "jiwa kacau"

patutnya kat Monday tu dah monyok...huhuhu
Isnin datang lagi, mood yang sama seperti minggu lepas..bulan lepas waima tahun2 yg lepas jugak. Mood yang paling teruk dalam diri aku datang tiap ari nie lah. Penat duduk atas bas dari malam tadi tak hilang lagi dah kena datang keja. Tak balik tak kena lak, anak dgn suami dua2 kat sana. Mana bisa aku tuang walau seminggu dari balik ke sana.....kerana disitulah kebahagiaan dan sebahagian dari jiwa aku berada. Ngantuk la wei....x dapat nk menahannye. Buat ape pun serba tak kena jer, kelopak mata dah berat nie....bukaannye pun tinggal sikit lg. Nak tidooooooo.....ish, mana bleh..opis hour nie kak.
     Ahhhh......layan mata ler jap, sandarkan badan lentokkan kepala kat kerusi nie & pusingkan kedudukan menghadap dinding. Mata pejam otak tenang.....waaaahhhh, layan gak cenggini..huhuhuhu. Eh, jap3...tgk kiri kanan kut2 ade makhluk2 yg tak diundang melintas. Line clear...sambung balik. 3,4 kali wat cenggitu....at least mata dpt dilegakan ketegangannya selama beberapa minit. Itu pun dah cukup memadai, cik limau purut....nak tido lama balik umah laaaa uiii, heheheheh.
     Aduyai....teringat nak anak/suami lak. Baru semalam ditinggalkan rindu dah dtg menyapa. Ape lah nk jd dgn aku nie wahai cik limau purut???? dah kawin & ade keluarga tp idup talak supa olang lain ooooo.....tapi, aku terima dan redha dengan dugaan ini. Aku percaya dengan ujian dari Maha Pencipta, Dia yang Maha mengetahui apa yg tersirat disebalik ini. Semestinya ade hikmah yang tersembunyi dan aku yakin suatu hari nanti Allah akan memberi sesuatu yang lebih baik untuk aku, suami dan anakanda tercinta...Insyaallah.

Ahad, 26 Jun 2011

Selamat Hari Lahir Sayang...

Pejam celik dahhhh 5 tahun umur anak ummi, Aisy Iskandar...Ummi saaayaang Aisy sangat2. Doa ummi buat Aisy yang tak putus dari sebelum Aisy dilahirkan smpi bile2 pun tetap sama...semoga Aisy akan jadi anak yang soleh, beriman dan beramal soleh, menjadi hamba yang taat pada Allah swt, umat Nabi Muhamad yang setia pada agama islam dan anak yang taat pada ummi dan papa.
Muhammad Aisy Iskandar ( Jun 2006 )
5 tahun yang lepas, Aisy Iskandar telah dilahirkan selepas 3 tahun perkahwinan ummi dan papa. Buah hati pengarang jantung kami dulu hingga kini. Menjadi anak kelahiran negeri Terengganu dimana tempat ummi dan papa mencari rezeki.

Aisy mula berdikari seawal usia 3 bulan. Kecik2 dah kena antar ke nursery. Nak cari pengasuh, susahnya yg amat. Tapi tak ape kan Aisy, dari situ Aisy dah bleh kenal org lain selain dr ummi dan papa. Setiap pagi ummi angkat Aisy dari tdo letak dlm baby seat. Perjalanan dr rumah kita di Kubang Ikan menuju ke bandar K.Terengganu yg mengambil masa 20 minit tu.

Melahir dan membesarkan Aisy satu pengalaman yang paling menyeronokkan walaupun sedikit mencabar. Papa yang bekerja jauh dari kita dan terpaksa pulang seminggu sekali menjenguk kita. Macam2 yg berlaku sepanjang ummi jaga Aisy.
Aisy ketika berumur 6 bulan

Aisy dah masuk 1 tahun
Antara yang x dpt ummi lupakan smpi sekarang:

i. Ummi berbuka puasa dgn air kosong pasai x sempat nak masak. Nk singgah bazar ramadan susah nk bwk Aisy coz time tu kecik sgt2. Lak tu kite berdua jer....papa keja kat kemaman.
ii. Aisy muntah sebanyak 3 kali di tgh2 mlm coz demam. Muntah pertama atas tilam, ummi alihkan tido atas katil. Pastu muntah pulak kat atas katil, ummi beralih ke bilik belakang. Muntah lg wat kali ketiga last2 ummi angkat tido atas toto kat depan tv. Time tu ummi menangis dalam hati...dahlah esokkannya kena keja,uwaaaaaa....
Aisy di usia 2 tahun

Aisy sudah 3  tahun
iii. Aisy menangis tak renti2, time tu plak waktu pas maghrib. Mata Aisy asyik pandang ke bucu bilik tido kite sambil nangis. Ummi dah kecut perut, tetibe tgh duk mujuk2 Aisy tu terdengar lak bunyi cam benda jatuh tak tau dari arah mana. Ummi terus melompat dukung Aisy masuk dlm bilik belakang, duk senyap2 kat dlm tu. Bile dah lama duk dlm bilik tu, kuar slow2 check line kat ruang tamu tu...ruper2nya ade benda yg terjatuh kat bilik sebelah tu. Huhuhuhu...ape ker penakutnye ummi nie.

Aisy umur 4 tahun

Itu crite-crite 5 tahun yang sudah. Aisy kini sudah sudah berbeza, dia dah semakin cerdik, cergas, aktif dan semakin berdikari. dah masuk tadika pun. Walaupun masih belum ade adik-beradik tp die pandai berkawan. Sifat 'Iskandar' yang ade dlm dirinya membuat die yakin dan berani tidak kira dimana die berada. Sentiasa tegas dengan ape yang dilakukan, namun masih boleh berunding mengikut kesesuaian.

Semalam (25 Jun 2011 ), ummi dan papa telah menghadirkan diri ke perjumpaan ibu bapa dgn guru-guru di sekolah Aisy. Papa yang terlebih dulu berjumpa dgn guru bagi membincangkan prestasi anak2 telah memaklumkan kepada ummi byk perkara yg ummi dgn papa tak jangka langsung. Iskandar budak yg paling dikenali kat sekolah???huhuhuhu....sbb ape tu?Cikgu kata Iskandar byk cakap, banyak perangai tp pujian cikgu lg...Iskandar budak yg paling pandai dlm kelas Iman, alhamdulillah. Itu yg ummi dgn papa nak tp tak nak setakat pandai jer...kalo bleh amalkan kepandaian tu, lagi bagus.

Kepada anakanda, Muhammad Aisy Iskandar, sempena ulangtahun kelahiran yang ke-5 tahun ini...semalam ummi dgn papa awalkan sambutan itu.

Kek harijadi special untuk Aisy. Ummi dgn Papa sengaja x nak bg Aisy hadiah sebab x nak itu dijadikan amalan. Kalau dah terbiasa nanti, tiap kali sambut hari lahir asyik hadiah yg jadi keutamaan. Pada ummi, cukuplah sekadar tanda ingatan yang sentiasa ade pada ummi dan papa. Kami hadiahkan doa untuk Aisy.
Birthday Aisy 5 tahun
Seronok tengok muka Aisy yg terkejut dgn surprise yg ummi dgn papa wat mlm tadi. "SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE-5 AISY". UMMI & PAPA SAAAAAYAAAAANG AISY SANGAT3...
sambutan dibuat secara tertutup...hehehe
Macam tahun2 sebelumnya, kami sambut bertiga nie jer dengan majlis yg sangat simple. Nak jemput tetamu pun ummi tak berkesempatan untuk menyiapkan hidangan. Maklum ler ummi nie weekend wife n mother. Masa terlalu mencemburui ummi untuk menyediakan semua itu (ayat nak selamatkan diri...huhuhu)
Sampai setakat ini dulu coretan ummi untuk kenangan sambutan hari lahir Aisy malam td. Kalo ikutkan byk lg yg ummi nak citerkan pasai Aisy tp sampai malam nie mmg x abis. Chalo betey..bai2.

Khamis, 23 Jun 2011

miMpi...mimPi...Mimpi...

Huh....mimpi, best betoi mimpi malam td. Tp tak masuk akai pun jugak, nama pun mimpi yer dak..mainan tido semata-mata. Jadikan tido lebih lena  dan seronok jer. Aku nk share ler kat sini ape yg jadi dalam mimpi malam td. Kelakar jugak tu....Yusri kru masuk dalam mimpi tu. Nak2 lak dalam mimpi tu die tergiler2 kan aku...yuhuuuuuu. Aduyai...teringat2 lagi dalam mimpi tu camner die ikut aku tp kena nyorok2 sebab nk ngelak dari hubby aku nampak. Yang peliknya dalam mimpi tu, kesahnya hubby tak der lah pulak kecoh2....hehehehe, seronok yer.
  
Kesimpulannya, ape yang aku tuliskan kat sini tak membawa maksud ape2 pun. Walau sapa pun yg datang dalam mimpi aku, ianya takkan mengubah hati aku pada sang suami yang tercinta...Aku cinta pada mu Hubby.....

Anugerah

Alhamdulillah, tahun 2011 ini masuk tahun ke-8 perkahwinan aku dengan suami tercinTa: Encik Kamal Fitri.
Happy nyer bile dikenangkan time nie...ape idoknye, nama pun kawin kan?nak2 lg bile kawin dengan org yang kite sayang dan cintai. Bahagia tu jangan takyah nak citer ler...hanya org yg dah melaluinya akan rasa perasaan yg sama dengan ape yg aku rasakan time tu. Jadi Raja Sehari pada tanggal 7 Sept 2003...memang cam raja betoi lah, jadi tumpuan semua. Tp kitorang nie pengantin yg sempoi...tetamu yg nak jumpe kitorang jgn cari dalam bilik ler, x kan ade pasai kitorang awai2 lg dah turun ke bawah untuk berjumpe dengan tetamu dan kengkawan yang sudi datang meraikan majlis kami, TengkiU all my friend..lama dah baru nak say thanks yer,hehehehe.

Rabu, 22 Jun 2011

Bonda yang amat aku Sayangi

Tanpamu siapalah aku. Perkataan nie adalah yang tepat aku tujukan buat satu2nya ibu kesayangan yang aku ada dalam dunia ini...Hajjah Saodah atau aku panggil 'Chek'. Serba sedikit tentang ibuku. Seorang yang sangat hebat, berjiwa kental, berhati mulia dan amat patuh kepada perintah Allah taala. Kehilangan suami (ayah) pda usia yang agak muda. Namun demi membesarkan anak2, rela hidup berseorangan sehingga kini.




Chek, wajahmu kini jelas menggambarkan kepuasan. Di atas segala penat lelahmu selama membesar kami telah membuahkan hasil. Aku berjanji selagi hayat dikandung badan, akan aku cuba memberikan yang terbaik demi untuk kebahagiaanmu...insyaallah. Tiada ape yang aku harapkan darimu kini selain dari Doa dan Restu mu untuk mengiringi aku sepanjang hidup di muka bumi Allah ini. Chek, Kasih Ibu Membawa Ke Syurga...Kasih Ayah Membawa Bahagia.


Al-Fatihah untuk ayahanda Haji Che Isa, semoga rohnya berada dikalangan orang-orang yang beriman. Ya Allah, Kau ampunilah dosa kedua ibubapa ku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku semasa aku masih kecil..Amin.

Bosannn...

"Tika begini....aku sendiri, laki duk jauh lagi"..huhuhu. Berkata-kata dalam hati, diluahkan dalam blog ni. Nak diluah2 kan kat orang...hermmm, mau ker org nak dengar. Diorang pun bosann ler dengar kesah keme yang tak tahu bile akan berkesudahannya nie. Ader suami...ader anak tp ditinggal2kan, ape ker kejam punyer orang nie??hukhukhuk.....tp itu ler hakikatnya.
Coretan nie yg 1st keme sebagai pengenalan diri terjun ke dalam penulisan blog nie. Ibarat bayi yg baru belajo menyulur, kena ler slow2.....kalo ade tersilap kata, maap ler yer.
haaa.....gitu ler gamoknye situasi atas meja time pertama kali nulis  blog nie, kosong!hahahaha....

Selasa, 21 Jun 2011

Pembuka Kata Pemanis Bicara

"Tiada kata secantik bahasa...untuk ku puji adinda" (nyanyian semula by : Monologue). Aku minat giler dengan alunan irama lagu ini setelah diberi nafas baru pada zaman ini. Ketika dibawakan oleh penyanyi asalnya, tidaklah pulak aku tergerak ati nak menghayatinya bait2 rangkap lirik lagu ini.
Okay...mukaddimah itu aku jadikan sebagai pemanis dalam bicara kata pertama aku sebagai penulis blog. Andai ade yg sudi, izikan aku memperkenalkan diri. Serba sedikit dan ringkas tentang aku. Kenali aku sebagai seorang kawan, sahabat, teman, member, adik, kakak atau pun anak.....boleh panggil aku kakak, adik, ibu atau anak. Bergantung kepada kesesuaian (paham2 jer lah yer...)
Dilahirkan dalam sebuah keluarga bahagia. Aku amat2 menyayangi arwah ayah, ibu, kakak-kakak, abang dan adik. Mereka adalah insan2 paling istimewa yang diberikan Allah untuk aku di atas muka bumi ini.
Dilahirkan sebagai anak ke 6 daripada 7 orang adik beradik. Allah menganugerahkan Hajjah Saodah dan arwah Haji Che Isa dengan 5 org puteri dan 2 putera.

Turutan bermula dari kiri, Kakak, Thok, Achik, Kak Ma, ambo (yg berada di atas riba) & Abang
Kenalilah adik-beradik kesayanganku, mereka adalahhhhh........"ewahh dah rupe nak umumkan pemenang lak..hohohoh"
Berdiri dari kiri, Azizah (kakak)...anak kedua. Seorang yang penyayang dan amat bertanggungjawab kepada adik2. Kini sudah mempunyai 5 orang cahayamata, namun begitu masih setia mendengar keluhan dan luahan adik-adiknya. Tengkiu kakak, semoga kakak bahagia bersama suami dan keluarga tercinta.
Dua dari kanan, Zaharah (thok)...anak kelima. Pada mata aku yang celik nie, die seorang yang baik dan rajin belajar ketika di zaman persekolahan dulu. Umurnya pun beza 2 tahun dgn aku. Amat menyayangi keluarganya, semoga thok terus bahagia bersama suami dan 4 org cahayamata yang dikurniakan Allah.
Tiga dari kiri, Che Faridatun (achik)...anak ketiga. Kakakku yang paling pandai memasak dan seorang yang lembut. Pada aku, achik seorang yang perahsia dan sukar untuk tahu ape yang tersirat dalam hatinya. Aku sentiasa doakan semoga achik sentiasa dirahmati oleh Allah dan bahagia disamping suami dan 5 org cahayamatanya.
Empat dari kiri, Chek Asma (kak ma)...anak pertama. Kakak sulungku ini adalah kesayangan Chek dan ayah, menjadi tunjang utama selepas pemergian ayah tersayang. Jasa kak ma membantu Chek membesarkan kami, takkan kami lupa sampai bile2. Semoga kak ma terus berbahagia bersama suami dan 6 orang cahayamatanya.
Berada atas riba, Cik Faridatul Asnah (noh)....anak keenam. Alamak, itu aku lah...susah nk describe diri sendiri nie. Tapi yg aku sedar aku nie mempunyai emosi tidak stabil, mood yang turun naik, tak pandai memasak tp suka mengemas, pandai berjimat dan suka berbelanja. Doa yang selalu dan sentiasa aku mohon pada Ilahi adalah semoga aku dapat kembali tinggal sebumbung dengan suami dan anakanda yang amat aku kasihi.
Lima dari kiri, Abdul Manaf (abang)...anak keempat. Satu-satunya abang yang aku ada. Anak lelaki pertama anugerah Allah dalam keluarga Hj.Che Isa dan Hajjah Saodah. Seorang yang penyayang, baik dan tegas. Semoga abang berbahagia bersama isteri dan anak2.
Ahaaa...budak kecik yang berdiri sorang2 adalah anak ketujuh dalam adik-beradikku. Abdul Razak (razak)...anak bongsu chek dan ayah. Apa yang bleh aku describe kan pasai adik aku sorang nie...kalo die nakkan sesuatu, die akan cuba utk dapatkan walau ape cara sekali pun. Berjiwa kental semoga berbahagia bersama isteri dan 2 org anak tersayang.

TERIMA KASIH TERISTIMEWA BUAT 
HAJJAH SAODAH YAAKUB 
JASAMU AKAN KAMI KENANG SELAMA-LAMANYA