Ahad, 26 Jun 2011

Selamat Hari Lahir Sayang...

Pejam celik dahhhh 5 tahun umur anak ummi, Aisy Iskandar...Ummi saaayaang Aisy sangat2. Doa ummi buat Aisy yang tak putus dari sebelum Aisy dilahirkan smpi bile2 pun tetap sama...semoga Aisy akan jadi anak yang soleh, beriman dan beramal soleh, menjadi hamba yang taat pada Allah swt, umat Nabi Muhamad yang setia pada agama islam dan anak yang taat pada ummi dan papa.
Muhammad Aisy Iskandar ( Jun 2006 )
5 tahun yang lepas, Aisy Iskandar telah dilahirkan selepas 3 tahun perkahwinan ummi dan papa. Buah hati pengarang jantung kami dulu hingga kini. Menjadi anak kelahiran negeri Terengganu dimana tempat ummi dan papa mencari rezeki.

Aisy mula berdikari seawal usia 3 bulan. Kecik2 dah kena antar ke nursery. Nak cari pengasuh, susahnya yg amat. Tapi tak ape kan Aisy, dari situ Aisy dah bleh kenal org lain selain dr ummi dan papa. Setiap pagi ummi angkat Aisy dari tdo letak dlm baby seat. Perjalanan dr rumah kita di Kubang Ikan menuju ke bandar K.Terengganu yg mengambil masa 20 minit tu.

Melahir dan membesarkan Aisy satu pengalaman yang paling menyeronokkan walaupun sedikit mencabar. Papa yang bekerja jauh dari kita dan terpaksa pulang seminggu sekali menjenguk kita. Macam2 yg berlaku sepanjang ummi jaga Aisy.
Aisy ketika berumur 6 bulan

Aisy dah masuk 1 tahun
Antara yang x dpt ummi lupakan smpi sekarang:

i. Ummi berbuka puasa dgn air kosong pasai x sempat nak masak. Nk singgah bazar ramadan susah nk bwk Aisy coz time tu kecik sgt2. Lak tu kite berdua jer....papa keja kat kemaman.
ii. Aisy muntah sebanyak 3 kali di tgh2 mlm coz demam. Muntah pertama atas tilam, ummi alihkan tido atas katil. Pastu muntah pulak kat atas katil, ummi beralih ke bilik belakang. Muntah lg wat kali ketiga last2 ummi angkat tido atas toto kat depan tv. Time tu ummi menangis dalam hati...dahlah esokkannya kena keja,uwaaaaaa....
Aisy di usia 2 tahun

Aisy sudah 3  tahun
iii. Aisy menangis tak renti2, time tu plak waktu pas maghrib. Mata Aisy asyik pandang ke bucu bilik tido kite sambil nangis. Ummi dah kecut perut, tetibe tgh duk mujuk2 Aisy tu terdengar lak bunyi cam benda jatuh tak tau dari arah mana. Ummi terus melompat dukung Aisy masuk dlm bilik belakang, duk senyap2 kat dlm tu. Bile dah lama duk dlm bilik tu, kuar slow2 check line kat ruang tamu tu...ruper2nya ade benda yg terjatuh kat bilik sebelah tu. Huhuhuhu...ape ker penakutnye ummi nie.

Aisy umur 4 tahun

Itu crite-crite 5 tahun yang sudah. Aisy kini sudah sudah berbeza, dia dah semakin cerdik, cergas, aktif dan semakin berdikari. dah masuk tadika pun. Walaupun masih belum ade adik-beradik tp die pandai berkawan. Sifat 'Iskandar' yang ade dlm dirinya membuat die yakin dan berani tidak kira dimana die berada. Sentiasa tegas dengan ape yang dilakukan, namun masih boleh berunding mengikut kesesuaian.

Semalam (25 Jun 2011 ), ummi dan papa telah menghadirkan diri ke perjumpaan ibu bapa dgn guru-guru di sekolah Aisy. Papa yang terlebih dulu berjumpa dgn guru bagi membincangkan prestasi anak2 telah memaklumkan kepada ummi byk perkara yg ummi dgn papa tak jangka langsung. Iskandar budak yg paling dikenali kat sekolah???huhuhuhu....sbb ape tu?Cikgu kata Iskandar byk cakap, banyak perangai tp pujian cikgu lg...Iskandar budak yg paling pandai dlm kelas Iman, alhamdulillah. Itu yg ummi dgn papa nak tp tak nak setakat pandai jer...kalo bleh amalkan kepandaian tu, lagi bagus.

Kepada anakanda, Muhammad Aisy Iskandar, sempena ulangtahun kelahiran yang ke-5 tahun ini...semalam ummi dgn papa awalkan sambutan itu.

Kek harijadi special untuk Aisy. Ummi dgn Papa sengaja x nak bg Aisy hadiah sebab x nak itu dijadikan amalan. Kalau dah terbiasa nanti, tiap kali sambut hari lahir asyik hadiah yg jadi keutamaan. Pada ummi, cukuplah sekadar tanda ingatan yang sentiasa ade pada ummi dan papa. Kami hadiahkan doa untuk Aisy.
Birthday Aisy 5 tahun
Seronok tengok muka Aisy yg terkejut dgn surprise yg ummi dgn papa wat mlm tadi. "SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE-5 AISY". UMMI & PAPA SAAAAAYAAAAANG AISY SANGAT3...
sambutan dibuat secara tertutup...hehehe
Macam tahun2 sebelumnya, kami sambut bertiga nie jer dengan majlis yg sangat simple. Nak jemput tetamu pun ummi tak berkesempatan untuk menyiapkan hidangan. Maklum ler ummi nie weekend wife n mother. Masa terlalu mencemburui ummi untuk menyediakan semua itu (ayat nak selamatkan diri...huhuhu)
Sampai setakat ini dulu coretan ummi untuk kenangan sambutan hari lahir Aisy malam td. Kalo ikutkan byk lg yg ummi nak citerkan pasai Aisy tp sampai malam nie mmg x abis. Chalo betey..bai2.