Sabtu, 21 Julai 2012

Salam Ramadan 1433

Assalamualaikum,
Salam Ramadan semua. Bulan yang dinantikan oleh semua dan i pun dah tak sabar2 nak berpuasa. Herrmmm....puasa ker?cam tak jer...huhuhu, awai2 dah raya...ntah hapa2 jer lah. Besa ler...nama pun org pompuan kan, ade kelebihan....bleh ponteng dengan izin. Malam nie dah start solat terawih. Seronoklah weh...suasana malam bulan ramadan memang terasa kelainannya. Syahdu lain macam, nak2 lagi tahun nie i menyambutnya berdua dengan aisy. Jauh dengan hubby apatah lagi Chik yang berada di seberang laut sana. Orang lain sume pakat balik menyambut puasa kat kampung. Petang tadi abis ofis hour berpusu-pusu orang nak balik hari nie jugak, kononnya nak bersahur malam pertama dan esok berbuka puasa bersama keluarga dan orang2 tersayang. Huishhh....bestlah diorang, kami berdua jugaklah yang saling pandang-memandang sesama sendiri. Huhuhuhu....ape nk buat, nama pun merantau...kena sedar diri. (ayat cam syahdu...konnon). Namun demikian, sempena menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini...i dengan rendah hati memohon kemaafan dan keampunan daripada semua yang membaca blog a.k.a diari Citra Fareda ini. Buat hubby yang tersayang, ucapan i sempena ramadan ini...i mohon ampun & maaf atas segala salah & silap i selama nie. Maaflah kerana tahun ini i tak dapat menyambut 1 Ramadan dengan u, x dapat bangun & sediakan sahur untuk u, x dapat masakan juadah berbuka utk u (walaupun sebelum2 nie pun i jarang wat juadah berbuka...ahak2) dan tak dapat tunggu u balik dari terawih. Walaubagaimana pun darling, i x pernah lupakan u...everything what i do, i never forget u. 




Salam ramadan from:
>>>>ur lovely wife n son<<<<

i luv Allah....

Khamis, 19 Julai 2012

19 Julai 2012


Assalamualaikum,

Tanggal 19 Julai 2012 genaplah setahun pemergian ibu saudaraku atau lebih mesra dengan panggilan kami anak2 saudaranya sebagai Mokcik. Tiada hadiah seindah kalungan surah Al-fatihah, inilah hadiah terbaik yang dapat aku hadiahkan untuk menemaninya disana. 


Tenang dan damailah mokcik di sana. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

..........Al-fatihah..........

i luv Allah....

Rabu, 18 Julai 2012

MaalSalamah Ya Ummi

Assalamualaikum,
Untuk makluman semua kengkawan sekalian, hari ini bonda i berangkat ke tanah suci mekah buat kali kedua untuk mengerjakan umrah. MaalSalamah Ya Ummi...semoga umrah ini mendapat keberkatan dan Rahmat dari-Nya, insyaallah. Alhamdulillah, syukur kerana dengan izin Allah taala sampai jugak hajat bonda i untuk berpuasa di sana. Semoga Allah melindungi perjalanan bonda i dan rakan2nya. Hari nie i sanggup ambik anual leave semata-mata nak iring bonda kesayangan kat KLIA. i, hubby n aisy tiba kat airport seawal jam 12.30 tghari lagi walaupun tau bonda i tak sampai lagi time tu. Takpe lah at least x der lah kami terkejar2 dan tercari2 nanti. Org kat airport ari nie agak ramai. Bercampur-campur dengan  rombongan umrah yg baru sampai, yg nk kuar bercuti ke luar negara dan ke mana hala saja lah. Cambiasa, cerita bergambar menyusul di bawah:

i dengan Chik....tgh check pasport dan kelengkapan untuk check-in

Abang, Razak, Aisy, Chik n Hubby. Chik tengah sibuk layan panggilan peminat (hehehehe).

Razak, i, Chik n Abang. Haa...tu dia, abang lak tgh layan penggilan peminat...huhuhu

yang nie candid, snap time masing2 x ready. Tengok aisy tu sampai terjongket bahu,
Chik lak masih melayani panggilan dari peminat...hihihi, sempoi.
Demikianlah serba-sedikit kisah bergambar untuk tatapan adik-beradik i yang x dapat mengiringi Chik sampai kat kl. Doakan semoga bonda kita selamat mengerjakan umrah, berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan selamat kembali ke Malaysia penghujung bulan Julai ini. 
.............Wassalam.............

i luv Allah...