Rabu, 20 Julai 2011

Jangan Biarkan Kita Menjadi Mangsa

Aku ada satu maklumat, bleh ler utk share dengan korang sume. Bukan nak boikot hotel bajet tp  sebagai peringatan supaya kite berhati2. Pesanan ini juga bagus wat pasangan pengantin baru...ehem3,huhuhu. Selamat Beramal.

KLANG: Pengusaha hotel bajet tertentu di sini dikesan memasang kamera tersembunyi dalam bilik bagi merakam aksi ranjang pelanggan untuk dijadikan cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) panas tempatan.
Video salinan asal rakaman aksi itu dijual RM1,000 hingga RM3,000 kepada tauke VCD dan DVD cetak rompak bergantung kepada kecantikan pasangan wanita.Ia dibuat ratusan salinan sebelum dijual RM10 hingga RM18 sekeping secara berleluasa kepada orang ramai tanpa disedari 'pelakon' terbabit.Maklumat kegiatan pengusaha hotel terbabit diperoleh hasil siasatan wartawan Harian Metro yang menyamar anggota sindiket cetak rompak.
Melalui penyamaran itu, seorang pemilik sebuah hotel bajet di sini, mendedahkan rahsianya menjalankan kegiatan terbabit, termasuk menunjukkan sebuah bilik khas untuk disewa pasangan terpilih.
Apa yang jelas kelihatan bilik berkenaan dihias cantik berbanding bilik lain.
sekadar gambar hiasan
Lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Jimmy, 30, memberitahu kamera tersembunyi itu dipasang dalam televisyen dan penghawa dingin yang menghadap katil. Katanya, pasangan yang bermadu kasih dalam bilik berkenaan tidak dapat mengesan kamera terbabit yang sebesar syiling. Menurutnya, dia memilih pasangan yang sesuai sebelum merakamkan aksi mereka dan kebanyakannya berusia belasan tahun dan pelajar pusat pengajian tinggi."Selalunya saya pilih pelanggan yang bukan saja cantik saja, tetapi 'pelakon' yang baik. Malah, aksi di ranjang juga jadi sebahagian ciri dimahukan," katanya.Selepas aksi mereka melakukan hubungan seks dirakam, katanya salinan asal video terbabit dijual kepada tauke VCD dan DVD cetak rompak untuk dibuat salinan dan seterusnya dijual kepada orang ramai.
"Satu salinan asal dijual RM1,000 hingga RM3,000, tetapi itu belum lagi royalti setiap keping salinan dijual," katanya yang mendakwa terpaksa membuat kerja seperti itu bagi menambah keuntungannya walaupun menyalahi undang-undang.Jimmy mendakwa menerima royalti sekurang-kurang RM5 bagi keping salinan yang dijual."Kalau tak percaya pergi beli di kedai VCD dan DVD cetak rompak, mesti ada ini cerita," katanya mengakhiri perbualan.Bagi mengesan VCD dan DVD aksi seks pasangan hotel bajet yang didakwa lelaki itu di pasaran, wartawan Harian Metro pergi melakukan tinjauan di beberapa kedai di sekitar Petaling Jaya, semalam.Melalui pemerhatian, didapati rakaman aksi sumbang terbabit memang dijual kepada umum secara bersiri.'ASIA BAGUS VOL 1' adalah judul DVD lucah yang dimaksudkan Jimmy dan apa yang mengejutkan bahan porno berkenaan boleh diperoleh sehingga 27 episod seperti tercatat pada kulit depannya.Dipercayai setiap siri membabitkan aksi seks pasangan di hotel dari seluruh negara, termasuk di hotel milik Jimmy.Pemilik kedai berkenaan yang hanya dikenali sebagai Peter, berkata 'ASIA BAGUS VOL 1' laris dijual macam pisang goreng panas."Ia aksi seks pasangan yang baik punya dari seluruh Malaysia. Semua ikut negeri...ada pasangan di hotel Klang, Melaka dan Johor. Paling laris dari Melaka, sebab perempuannya cantik," katanya.Kata Peter, sekeping DVD dijual sekitar RM10 hingga RM18 mengikut kualiti rakaman video terbabit.
Selepas melihat sendiri kandungan DVD yang dimaksudkan Peter, pasangan ghairah melampias nafsu termasuk remaja Melayu dan Cina tidak menyedari aksi mereka dirakam pihak tertentu untuk tujuan komersial.
*Nama negeri dan tarikh rakaman video berkenaan turut dipaparkan.*

note: copyright from email


i luv Allah.....

Selasa, 19 Julai 2011

Sedetik duka

Sehingga coretan ini dititipkan, mata aku masih lagi bergenang dengan airmata. Kesedihan dari malam tadi tak dapat dikikis sehingga ke separuh hari ini. Ya Allah, sedihnya tak dapat nak digambarkan.
Panggilan telefon dari suami jam 11.10 mlm semalam mengejutkan lenaku yg baru hendak menyapa. Perkhabaran yg diterima dari Chek yg memberitahu tentang pemergian mak saudara aku atau lebih mesra dengan panggilan 'Mokcik'. Perkataan yg kuar dari mulut aku hanya Allahuakbar. Baru petang td aku diberitahu oleh Chek bahawa keadaan mokcik yang dah semakin letih dan lemah. Malam td Chek bercadang untuk tidur di rumah abg adi iaitu anak mokcik bg menjaga satu-satunya kakak yang Chek ada.
Selepas menerima panggilan dari hubby mlm td aku bercadang utk menyambung kembali lena yang terganggu tetapi mata pulak dah merajuk. Dalam situasi itulah bermacam-macam kenangan dan gambaran watak mokcik bermain-main dalam fikiran aku. Watak-watak yang dibawa oleh mokcik sepanjang hidupnya yang aku kenali mengimbau2 depan mata. Kali terakhir aku berjumpa dengan mokcik tak silap aku pada awal bulan Jun semasa aku balik bercuti kat Kelantan. Ingat lagi ketika lawatan itu aku pergi bersama Chek, kak ma, kak esah dan thok. Kami bawakan sedikit kek cawan yang diberi oleh k.imin sempena perkahwinan huda. Keadaan mokcik ketika itu agak baik walaupun sudah uzur dan pada waktu itu mokcik tgh sakit kerongkong. Sebak melihatkan akan mokcik tika itu dengan matanya yang sudah makin kabur dan kederatnya untuk duduk. Aku sangat kasihan dengannya tapi apakan daya aku untuk membantunya. Sebagai anak saudara aku hanya jalankan tanggungjawab sepadan dengan status aku. Sesekali aku balik ke kampung bolehlah aku melawatnya, jika tidak pun ape yg termampu aku buat hanya dengan mengirimkan sedikit wang dan bertanya khabar melalui Chek. Pada hari itu aku cuba mengadapnya, bercakap dan membantu k.esah mengurut2 tangan dan kakinya. Wajah mokcik yang seawal kami tiba yg kelihatan agak sugul bertukar sedikit ceria apabila kami ramai2 melayannya.. Bila menatap wajahnya aku menjadi sebak, mata mula bergenang bila mengenangkan dengan keadaannya yang sangat uzur.
Imbas kembali kenangan bersama beliau. Hajjah Limah bt. Yaakub atau Mokcik panggilan dari anak2 saudara kepadanya. Mokcik merupakan kakak kepada Chik. Bekas seorang tukang urut. Ke sana ke sini hanya dengan mengayuh basikal tuanya. Gagah sangat mokciknya, selagi terdaya setiap permintaan dari orang untuk mengurut pasti tak akan dihampakan. Setiap kali kami sakit2 pun terutamanya sakit kepala atau seliuh, hulurkanlah kepada mokcik....insyaallah hasil dari kebolehan pemberian Allah kepadanya pasti menjadi. Kalau nak mengurut atau bertungku ketika dalam pantang...dialah jugak org yang kami cari. Seronok dengar celotehnya yang seringkali mengimbas kenangan zaman mudanya. Secara peribadi, aku suka dengan personaliti yang dimiliki oleh mokcik.
Cukuplah setakat ini tulisan aku untuk didedikasikan buat satu2nya mak saudara yg aku sayang. Walaupun mokcik telah tiada namun ingatan kepadanya tidak akan luput dari kenangan aku. Sebagai anak saudara, apa yg termampu untuk aku lakukan sebagai tanda sayang dan penghargaan di atas segala pertolongan mokcik selama hayatnya adalah sedekah doa Al-Fatihah yang tak henti buat ketenangan dan kesejahteraanmu di sana. 
Gambar hiasan
Semoga roh arwah Hajjah Limah bt.Yaakub di tempatkan dikalangan org2 yg beriman....amin, AL-FATIHAH.

i luv Allah....

Pertandingan mewarna di TEMAN

Separuh hari duk perah otak cari idea ape yang nak aku coretkan dalam blog ari nie. Belek2 gambar jumpedalam salah satu album nie picture2 yang aku belum siarkan. Tiada yang special sangat pun just aku nak tuliskan pun sebagai tatapan untuk Aisy dan sepupu2nya apabila mereka dewasa kelak.
1st time Aisy didedahkan dengan pertandingan iaitu pertandingan mewarna. Acara ini diadakan sempena dengan perasmian Terminal Makanan Negara (TEMAN) yang terbesar iaitu di Wakaf Che Yeh.
Walaupun Aisy, Hakim dan Qayyum tidak memenangi sebarang tempat dalam pertandingan ini tetapi apa yang penting mereka kelihatan sangat gembira kerana dapat sama2 meramaikan acara tersebut. Berikut dipaparkan beberapa aksi2 spontan mereka.




 
Seronok kan???dari awal sampai last acara bermacam-macam gaya dan aksi diperlakukan oleh budak2 kecik ni. Macam Aisy yang pada awalnya cam cuak jer, risau gak kut die tetibe kata nak kuar dari pertandingan tu. Tp bile dah die mula selesa dengan persekitaran, alhamdulillah sume berjalan dengan lancar. Kehadiran bersama Hakim dan Qayyum membantu untuk Aisy berada dalam keadaan selesa. Semoga hubungan persaudaraan antara mereka ini akan berkekalan untuk selamanya dan dewasa kelak bakal menjadi khalifah yang akan meneruskan perjuangan Rasulullah saw...Insyaallah. Itu doa ummi buat Aisy dan anak2 saudara cikngoh semua.

i luv Allah....

Selasa, 12 Julai 2011

Sekadar nak berceloteh

Assalamualaikum,
errmmmmmm....rasa nak bercakap ler tp tak der yg bleh dibuat lawan. Tp aku ade wall nie....seronokkkkk, dapat tulis dan luahkan ape saje yg aku rasa nk tulis. Takder sapa yg bleh nak komen atau kata ape2 dgn coretan aku kat sini. yer lah, dah blog aku...wall aku kan, jadik suka ati aku sesedap rasa ler nak nulis ape pun kan????
Lusa dgn tulat aku dah apply cuti, yeah....seronoknye. Dapat duk kat umah lama daripada biase. Tiket nak balik tak beli lg tp insyaallah...esok ari rabu, byk lagi kut. Rasanya minggu nie x der sebarang cuti atau program yg boleh menyebabkan tiket cepat abis kut. Kalo ari jumaat tu kemungkinan abis la pasai sekarang nie dah ramai yg travel weekend cam aku nie. Dah semakin bertambah weekend husband n wife la  nie....ape nak wat, atas desakan hidup dan tuntutan tanggungjawab semua ini berlaku. Suami di timur, isteri di barat...ape nak buat, "hapa pun tak BOLEH" (huhuhuhu....pinjam ayat Jambu jap).
   Esok keja...aku dah tak tau nak kate ape dgn status keje aku sekarang. Pegi pagi, balik petang..thumbprint, itu dah rutin. Smpi opis bukak pc...bukak email outlook, kut ade email masuk. Pastu tunggu ler kut2 ade minit atau arahan dari boss untuk sebarang urusan. Kalo sehingga jam 9 x dpt ape2 order, aku yg kuar opis ambik order untuk makan pagi...hahahahahah, lapar la cik puan oiiii. Breakfast adalah satu kewajipan kecuali berpuasa. Waima sibuk mana pun, sarapan pagi jgn nak skip. Jangan nak poyo la konon nk diet kalu menu time nie diabaikan. Nak makin tambah berat badan buat ler....huhuhuhu, aku nasihat nie pun coz aku dah ikut kursus kesihatan dan kecergasan awal tahun nie. Tu pasai ler aku berani cakap.
    Orait, bercakap pasai diet....sejak balik dari kursus itu ari aku dpt satu info yg bleh share untuk semua. Dapat daripada seorang penceramah tu. Die bagitau setiap pagi die mengamalkan sejenis serat yang dipanggil 'psyillium husk'. Benda nie aku rasa kategori bijirin kut pasai die cam sekam padi...tersangat ringat. berwarna putih tak berapa nak putih. Rasa...tak der rasa cuma ade sedikit bau cam ape yer, susah nak describe camner ker baunye. Ade bau macam beras kut. Setiap pagi aku ambik benda nie 2 sudu dicampurkan dalam segelas oren sunkist atau susu soya. Kesan die, aku terasa kenyang dan sistem penghadaman aku berjalan lancar...setiap hati sekurang2nye dua kali toksik dalam badan aku dapat dikeluarkan (dalam kata lain "membuang" ler tu..huhuhuhu). Tp satu peringatan, selepas ambik psyillium husk nie pastikan minum air kosong beberapa gelas.
Ahaaaaaa....itu ler rupanya psyillium husk yg aku citerkan sampai tersemput2 td,hehehehehe. Semata2 nak share dgn korang yg rajin membaca celoteh aku td, aku br jer snap tadi...bagus kan?Yg nie aku beli by online dgn harga RM30 untuk 500gm...kira okaylah coz aku tak tau mana nak cari kan. Buat pesanan via sms dgn agen, 3-4 hari smpi kat tangan...sangat mudah.
    Eh....baru teringat, ade lg satu kisah. Biarlah...saje nk bercerita. Kisahnye...keta yg aku tgh tunggang sekarang nie lampu brek dah padam sebelah, dah lama dah. Ade ler dekat sebulan lebih dah tp sebabkan aku yg tak besa dgn kl nie jadi susah ler nak cari pusat servis EON nie. Disebabkan lama duk gi mari gi mari...last2 nye hubby aku cari jalan. Die pi cari cousin die yg keja dgn eon (bagus sgt ler tu...). Menyenangkan lagi kerja aku, tinggal lg nanti barang tu smpi...aku antar pusat servis kat kl nie jer upah diorang pasang.
Lampu brek belah situ ler yg dah terbakoR tu....rega sampai RM255, okay ler kut...pasai nk yg ori kan. demi mu CCC...i will do everything, huihhhhh....bunyi cam ntah hapa2 jer,hahahahahha.

Sabtu, 9 Julai 2011

Ilmu melalui Pembacaan

Setelah 3 hari berehat sambil berkursus di Morib, fikiran terasa tenang kejap. Hari ini aku dah ade kat Dungun, waktu untuk bersama hubby dan anak. Seawal pg tadi bas sampai dari k.l, seperti biase hubby datang menjemput...sian kat dia, kena jaga awal pagi2 buta semata2 nk ambik cik limau purut nie....tengKiU daRLing.
  Ape yang aku nk citerkan kat sini bukan ape just nak share bersama ape yg sedang cik limau purut dapat iaitu membaca sebuah buku yang baru dibeli minggu lepas. Tak abis baca pun lagi, br jer beberapa helaian. Buku yg cik limau purut maksudkan adalah:

"MENGAPA RASULULLAH TIDAK PERNAH SAKIT"

Subhanallah...hebat kan?pertama kali cik limau purut tengok ker tajuk jer dah terus tertarik, jatuh cinta dan terus beli. Memang tak rugilah dengan isi kandungan yang amat padat pada harga yang berpatutan serta berbaloi-baloi.
Dalam buku nie ada menyatakan bahawa sepanjang hayat Rasulullah s.a.w selama 63 tahun, baginda hanya sakit sebanyak 2 kali sahaja. Hebatkan?kalo kite...nak sihat dalam sebulan pun payah rasanya.
Apa lg yang menarik dan bisa membuat aku terasa sebak adalah apabila diceritakan baginda (Muhammad bin Abdullah) seolah-olah sengaja dilahirkan bagi menyapu air mata umatnya. Baginda rela tidur beralaskan tikar yang kasar semata2 kerana baginda memilih hidup sebagai nabi untuk rakyat jelata.Isteri baginda Aisyah mengatakan seumur hidup Rasulullah, baginda tidak pernah kenyang selama 2 hari berturut-turut. Dlm rumah baginda tidak pernah tersimpan makanan untuk hari esok. Bayangkan lah macamana keadaan dalam dapur umah baginda Rasanya berbeza sgt2 dengan dapur kat umah kite kan? Penuh dan sarat dengan makanan sehingga membawa kepada pembaziran.
Cik limau purut dapat abstrakkan sikit jer lah intipati yg ade dlm buku nie, selebihnya korang bacalah sendiri...dptkan di kedai2 buku yg berdekatan atau bleh pinjam dgn cik limau purut. Bagus sangat untuk jadikan ikutan dan amalan dalam kehidupan seharian kite bermulalah hari ini. Nasihat cik limau purut untuk kawan2 semua, janganlah takut kepada kelaparan kerana insyaallah kite tak akan mati semata2 kerana sedikit kelaparan yg tidak smpi selama beberapa jam pun kalau nk dibandingkan dgn Rasulullah yang tidak pernah kenyang selama 2 hari berturut2 tu. Allahuakbar...Sesungguhnya aku amat merinduimu Ya Rasulullah.

Selasa, 5 Julai 2011

LanGkawi

Assalamualaikum,
Aloha....Langkawi, 1st time aku jejak kaki ke pulau nie. Perjalanan bermula dari awal pagi 1 Julai 2011 dengan menaiki kenderaan wajib kami dari KL. Sampai ke jeti Kuala Perlis sekitar jam 4.30 ptg. Sebelum tu cari surau dulu...tunaikan kewajipan. Kekanda suami dapatkan tiket feri dan waktunya adalah jam 5 ptg...okay la tu, bleh la smpi pulau sebelum hari gelap. Perjalanan selama 45min amat membosankan. Alunan ombak membuatkan feri turut sama beralun. Perut aku pun sama...beralun2an sepai2 terburai. Aduyai..x suka2 naik feri, aku mabuk laut. Aisy cam okay jer...aku yg nk cover muka dah merah kecomelan nie asyik duk nanya "Aisy nak muntah ker....nk muntah bgtau ummi". Bukan ape nk standby plastik kut2 nk wat menadah, hehehehe...walhal member seronok yg amat. Kekanda suami plak dpt seat kat belakang...lg boring aku x der teman bersembang. 
Sampai jeti Langkawi...aduhai, lega rasanya. Jom Kekanda...jom anakanda...kite gi check in hotel dlu. Nak mandi manda dan membersihkan diri. Pastu kite plan ler ape aktiviti seterusnya kat pulau nie. Perut dah lapar...moh kite makan dulu.
Jemput makan....sila2
Aktiviti seterusnya cuci2 mata yg berkeladak nie di kedai (cam gudang kut) cokelat dan gula2. Coz ari nie baru sampai so banyak nie jer yg sempat dibeli utk kudap2an malam nie.
nampak sedap tak??emmm....memang sedap.
Masa untuk malam nie agak singkat, jadi jom ler kite tido dulu..rehat2kan badan. Esok kite mulakan aktiviti pusing pulau nie. Dalam pikiran aku...ermmmm, shopping pun best tp utamakan anak. Bawak Aisy jer lah...kite tunggu smpi esok ape yg special sgt dgn Pulau Langkawi nie.
sudah2 tu Aisy...jom kite tido. Esok kite mulakan aktiviti
Hari pertama kat pulau nie bersamaan dengan 2 Julai 2011. Kuar dah pukul 9++pg, kalo dah tdo nak2 lagi bersulamkan aircond..huh, lena ler. Tambah2 pulak kat luar hujan renyai2 bersalji gitu....sume pakat tarik selimut. Mula2 cari makan ler dulu...sejuk2 nie lapar der. Untuk makluman sebenarnya kami bukan datang bertiga...ade lg sepasang pengantin baru kawan kekanda suami yg datang untuk berbulan madu di sini.
Okaylah, jom Aisy...ummi dgn papa bwk gi tgk hidupan dalam air 'Underwater World' kat Pulau Chenang nun. Untuk memendekkan crite, layan gambar di bawah.
kat area cable car....Aisy tak mau naik, ummi lg la tak mau gayat wooo...takutt
haaaa....masuk dalam akuarium gergasi nie ler, Aisy pun suka.
tengok muka Aisy yg ummi tak reti nak describe kan ape perasaan die.
Kekanda suami nak ambik gambar kenangan dengan iguana besar kat belakang tu.
hehehhe....aku nak tunjuk kura2 tu jer.

ini ler iguana yg besar tu....macam pemalas jer,
 santai punyer pose cam tau2 org nak hambik gambar die
aku like kat penguin area nie....comey2 belaka, yg berlakon dalam 'Magadascar' pun ade.
nie lak kat picture area....bleh ler kenai jenis2 haiwan kat sini melalui description kat gambar2 tu.
wahh...cun lah Aisy.
ikan-ikan flower horn yang bermacam2 jenis keturunan dan warna-warni.
besar kerapu kat belakang tu kan Yang?wat masak 3 rasa sedap gak tu..
Aisy tgh ralit tengok giant eel
pari-pari besar dah serupa kapal angkasa UFO jer.
huh....sampai terlopong hidung & mulut Aisy duk asyik mendongak ke pari-pari kat atas tu.
ehehhe....aku bersama kekanda suami tercinta. Pipi aku nmpk chubby..
tunjuk2 tu berkenan kut...kalo memancing sebesar tu baguskan?
Ummi dgn Aisy lak....dengan kerapu besar.
Pari-pari tgh couple...huhuhu
muka kerapu yg bengis dan menggerunkan.
nie ummi bleh describe kan muka Aisy yg terlampau seronok.
Sehingga hari ini cukup ler setakat tu, aktiviti selebihnya x der picture yang di snap. Kami pusing2 cari makan sampai petang balik hotel. Malam kuar pulak untuk shopping2 cokelat & gula2....nak wat ole-ole untuk Chek & Mother in law.
Last day, 3 Julai 2011 sudah sampai hari untuk pulang. Tiket feri kami jam 10 pg. Pagi tu pulak hujan turun lebat sangat. Aku dah bimbang kut2 ombak beralun kuat lak ujan2 cenggini tapi syukur alhamdulillah...rupa2nya bile di darat hujan lebat, situasi di lautan berlaku disebaliknya. Air laut tenang-setenangnya....sama tenang dengan perasaan aku ketika menaiki feri untuk kali kedua ini. Gambar bawah nie pose Aisy sebelum berangkat ke jeti. Time tu ujan lebat sangat, tgh nunggu kekanda suami ambik keta...pose jap.


i luv Allah....

Isnin, 4 Julai 2011

Sedikit Kesilapan, Besar kerugiaan, Tinggi Nilaian Pengajaran

Haaaa.....panjang tajuk kesah kat atas tu. Pengalaman yang pernah aku alami dan x akan aku lupakan sampai bile2. Korang mesti nak tau ape Kesilapan, Kerugian dan Pengajaran tu kan?
-Kejadian berlaku pada 1 Julai 2011 (Jumaat)
-Lokasi: Lebuhraya Utara Selatan
-Waktu: Sekitar jam 7.30 - 8.30 pg.
Kesilapan yg dah aku buat hanya lupa tutup tangki air keta jer...alah, yg kat cover die tulis lebih kurang cenggini ler maksud die "jangan buka ketika enjin panas". Selama hampir 7 tahun aku bawak keta, aku pun tak tau ape kesan kalo lubang tangki tu tak ditutup..huhuhuhu, terasa bongoknye aku dengan kesilapan itu. Akibat dari itu keta kesayangan aku tersadai di tengah2 kesibukan highway utara selatan tu. Time tu tak tau nak kata camner perasaan aku...sedih, susah ati, serabut, kacau bilau, jiwa tak tenteram, nk marah pada diri sendiri, ngantuk, lapar, tension, tertekan, stress dan ape2 jer lah yang seumpama dengannya.


Time nie aku dgn aisy dah ade kat atas keta polis bantuan kat seberang jalan sini. Plan asal diorang nk bwk gi cari bengkel2 yang berdekatan then nk bwk pomen datang untuk tunda keta. Tapi nak jadikan senang citer, tetibe berenti sorang cina dengan sebuah perdana berenti depan keta kitorang. Rupernya dah pomen pun, die lah uruskan untuk proses tunda untuk bwk ke workshop die. Rezeki harimau die kuar awai pg bleh jumpe keta rosak kat tengah2 highway nie.

Sian ker kat hubby aku, dalam keadaan yg penat dan ngantuk coz baru sampai dari Dungun pg dah dah kena berhadapan dengan situasi cenggini. Perut lak dah lapar tp aku bangga dan bertuah bersuamikan seorang lelaki camnie....terlalu sabar sangat2, sikit pun die tak bersungut dan nak marah2. Mulanya gak takut gak coz sume nie punca dari kecuaian aku.

Aku tak tau ape yg tengah bermain dalam pale laki aku time tu. Nk kata tengah blur dak jugak, tp ape yg aku rasa adalah bersalah sangat2...rasa cam kalo bleh diputarkan masa rasa nak balik jer ari aku bukak cover tangki tu. Eeeeyyyyyyy........tak puas ati betoi aku time nie. Tp tak dapat nak luahkan coz aku tak puas ati dengan Cik Faridatul Asnah tu....
 
kete mula ditarik naik ke atas truck untuk
dibawa ke workshop.
Akhirnya, CCC naik jugak truck tunda. Sian kat die...aku dapat rasakan perasaan die ketika ini. Mesti die pun ralat gak coz tak dapat ikut dan antar kami sekeluarga sampai ke destinasi percutian kami. Takper darling, next time insyaallah...i will always take care n bring u anywhere we go. Jaga diri bebaik kat bengkel org tu yer...

Akibat dari sedikit kesilapan ini, aku telah mengalami kerugian yang besar. Melayang RM2300......banyak tu woooooo, bukan sikit2 anak. Kalo aku naik flight dah bleh pegi balik tu. Tapi kalo dah namanya pun duit aku nak melayang kat sini. Takpe lah, yg penting kitorang selamat...alhamdulillah.
Sehubungan dengan itu nilaian pengajaran yang aku dapat.....errmmmmm, berhati2 lah kalo nak check enjin tu. Sebelum tutup bonet, pastikan sume lubang sudah bertudung. Kalo idok...cenggini ler jadinye.