Sabtu, 9 Julai 2011

Ilmu melalui Pembacaan

Setelah 3 hari berehat sambil berkursus di Morib, fikiran terasa tenang kejap. Hari ini aku dah ade kat Dungun, waktu untuk bersama hubby dan anak. Seawal pg tadi bas sampai dari k.l, seperti biase hubby datang menjemput...sian kat dia, kena jaga awal pagi2 buta semata2 nk ambik cik limau purut nie....tengKiU daRLing.
  Ape yang aku nk citerkan kat sini bukan ape just nak share bersama ape yg sedang cik limau purut dapat iaitu membaca sebuah buku yang baru dibeli minggu lepas. Tak abis baca pun lagi, br jer beberapa helaian. Buku yg cik limau purut maksudkan adalah:

"MENGAPA RASULULLAH TIDAK PERNAH SAKIT"

Subhanallah...hebat kan?pertama kali cik limau purut tengok ker tajuk jer dah terus tertarik, jatuh cinta dan terus beli. Memang tak rugilah dengan isi kandungan yang amat padat pada harga yang berpatutan serta berbaloi-baloi.
Dalam buku nie ada menyatakan bahawa sepanjang hayat Rasulullah s.a.w selama 63 tahun, baginda hanya sakit sebanyak 2 kali sahaja. Hebatkan?kalo kite...nak sihat dalam sebulan pun payah rasanya.
Apa lg yang menarik dan bisa membuat aku terasa sebak adalah apabila diceritakan baginda (Muhammad bin Abdullah) seolah-olah sengaja dilahirkan bagi menyapu air mata umatnya. Baginda rela tidur beralaskan tikar yang kasar semata2 kerana baginda memilih hidup sebagai nabi untuk rakyat jelata.Isteri baginda Aisyah mengatakan seumur hidup Rasulullah, baginda tidak pernah kenyang selama 2 hari berturut-turut. Dlm rumah baginda tidak pernah tersimpan makanan untuk hari esok. Bayangkan lah macamana keadaan dalam dapur umah baginda Rasanya berbeza sgt2 dengan dapur kat umah kite kan? Penuh dan sarat dengan makanan sehingga membawa kepada pembaziran.
Cik limau purut dapat abstrakkan sikit jer lah intipati yg ade dlm buku nie, selebihnya korang bacalah sendiri...dptkan di kedai2 buku yg berdekatan atau bleh pinjam dgn cik limau purut. Bagus sangat untuk jadikan ikutan dan amalan dalam kehidupan seharian kite bermulalah hari ini. Nasihat cik limau purut untuk kawan2 semua, janganlah takut kepada kelaparan kerana insyaallah kite tak akan mati semata2 kerana sedikit kelaparan yg tidak smpi selama beberapa jam pun kalau nk dibandingkan dgn Rasulullah yang tidak pernah kenyang selama 2 hari berturut2 tu. Allahuakbar...Sesungguhnya aku amat merinduimu Ya Rasulullah.