Selasa, 4 Mei 2021

RAMADAN DI HATI

Ku menantimu

Saban waktu
Bangkit jiwaku

Kau suluh hatiku 
Dengan sinar
Kudus kasihmu

Ku harap kan terus

Bersamamu selamanya

Ramadan, Ramadan
Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan
Ku mohon usah pergi

Rahmat melimpah
Damainya ku rasakan

Ramadan bulan al-Quran
Mendidik jiwaku
Menyuburkan iman

Ku harap kan terus
Bersamamu selamanya

Ramadan, Ramadan
Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan
Ku mohon usah pergi

Sememangnya kau ku nantikan
Hadirmu hidupkan suram di jiwaku
Dan ku berjanji
Akan ku teruskan
Semangatmu itu


Isnin, 3 Mei 2021

MUNCUL KEMBALI

 Assalamualaikum,


Salam 21 Ramadan 1442H

Syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya daku dapat kembali akaun blog ini. Bukan kata lupa password saja tapi lupa akaun email mana yang digunakan dulu. Cuba punya cuba untuk recover...try and error jer, last2 alhamdulillah....ia muncul kembali.

Jadi penulisan ni serba ringkas sajalah. Sebagai pemecah kesepian setelah sekian lama tak aktif. Hampir 7 tahun dia bersendirian....kesunyian.

Daku henti di sini dulu yer...kendian kita story lagi. Tengah mencari ilham.


Daku Sayang Allah


 

Selasa, 21 Oktober 2014

Mother in Law sakit.

Assalamualaikum,

Terlalu lama...teramat lama tak update blog yg dah sejuk bebeno ni. Bukan x nak update tp admin terlupa password nak sign in....hahahhaha, ade jugak orang camni yer? Orang wat blog...hish, awak nak wat jugak. Eh...org lain aktif, skali awak bekukan.

Haaa....udoh2 ler merepek meraban ke lain. Ini yang beno nak mengisahkan pasei mak mertua aku. Hari ni mak buat operation kali ke-2 untuk pasang tempurung kepala. En. kamal bagitau, mak keluar dari bilik pembedahan pukul 4 petang tadi. Alhamdulillah....semuanya berjalan dengan lancar. Semoga mak mertua aku akan cepat sembuh....insha allah.

TERIMA KASIH YA ALLAH

Sabtu, 13 April 2013

Aisy Sekolah Hari Sabtu

Aisy ke sekolah...hari ni aisy ada Kem Solat Bistari  kat sekolah. Tinggal ler i sengsorang kat umah, dah asben i antarkan aisy. Tengahari kang turn i lak ambik aisy balik. Kalo ikutkan Kem Solat Bistari ni dah siri ke 2. Bagus gak SKTJ ni buat program like this time weekend day. At least aisy ade aktiviti luar, idok ler duk kat umah memboring jer. Nak kluar jengjalan pun i lak yang nak rest kat umah. Yer lah pun...5 hari kerja, tak duk kat ofis....kluar site, penat tuuu.
So, aisy dah ke Kem Solat. Semoga mendapat ilmu yang berguna untuk pedoman hidup kamu nanti. Ummi & Papa akan menyokong Aisy dalam segala apa pun selagi ianya untuk kebaikan dan tidak bertentangan dengan syarak...insha allah.

i luv Allah.....

Rabu, 10 April 2013

Kursus Di Cameron Highland

Assalamualaikum.....

Cerita pasei kursus..huhuu, kursus kat atas Cameron Highland?Kursus ker makan angin yer..itu ler, kursus merangkap makan angin letew. Best gak...dah lama tak ke sana. Nk ajak asben, tapi die sibuk dengan keja. Nak2 plak aisy dah tahun 1, cuti agak terhad ler melainkan time cuti sekolah. Oleh sebab itu, bile ade peluang cenggini......hohohoho, ape lagi alhamdulillah. 
Kursus teknikal kali ni dihadiri oleh semua pegawai/staff gred J sahaja. Kursus yang totally terlibat dengan bahagian projek cam i.
Kursus kali ni agak best..dah lama i nak belajar dengan benda lah ni yang dipanggil 'CPM -critical path method' gitu. Satu kaedah matematik yang mana berdasarkan kepada 'WBS-work breakdown structure' kite bleh wujudkan satu jadual kerja yang merangkumi banyak maklumat dalam satu program.....walaaaaaa, hebat takkkk??
Oraitlah..tinggalkan pasal kaedah tu. Di sini i just nak show picture2 jer time sepanjang berkursus selama 3 hari 2 malam tu dari 4-6 April 13 di Heritage Hotel. Layanzzz yer....
1st day berkursus......masuk kelas pukul 4.30 ptg, hahahaha
teman semeja sepanjang 3 hari berkursus
Khiew and Chin..both of you memang best.
everyday gambar setiap peserta kursus akan diambil oleh penceramah sendiri sebagai tanda kehadiran.
khusyuk la 'sangat'....hahahahha
Mr. Lau, penceramah yang best.
Last day.....common activity when u attend the course

Okay kawan-kawan thats all. Apa yang penting kursus i for this year dah cukup +-7 hari. Semuanya kursus teknikal...wallaaaaaaa, i like. Tataaaa....

i luv Allah....

Sabtu, 6 April 2013

Beautiful moment

Assalamualaikum..


Beautiful gitu....kali ni nak show beautiful moment with my anak/anak2 saudara yang comey2. i balik kb time cuti sekolah akhir mac baru2 ni.....nak bagi aisy hirup udara segar kat sana. Kesian kat die, dah lama sangat duk penat belajar dari pagi sampai petang.....everyday. Weekend lak just pusing2 area situ jer...abis jauh pun smpi kl, alahai...lagi menyumbatkan fikiran ade la. So, this trip i kasik aisy main puas2 kat umah Chik. Biarkan dia bermandi pasir dan berdebukan tanah. As long aisy happy, umi dan papa pun bahagia..gitu kan. Tp kat sini i x show la picture yang aisy mandi pasir debu sume tu. Kat sini i nk show off my nephew/niece yang sume nye beautiful-beautiful....hehehehhe, taraaaaaa.................


dah penat main letew...
dina yang so suwetttt.....
hahahaha...tengok ler, seronok sangat katakan.
akim seorang budak lelaki yang banyak akai...
dik bal yang pandai posing dan dengar kata....katanya, huhuhuh
pasai per....dah boring per?
kekchah dan along....dua orang kakak yang 'ayu' wanna be.

hemmmm.....dua teruna, sorang dara.
Itu jer ler setakat yang bleh i show....yang selebihnya tu biar ler jadi koleksi peribadi i jer. Selama 6 hari 5 malam di KB amat membahagiakan. Kalo bleh x nak balik ke balakong. Tp itu lah, tuntutan kerja menghalang utk i stay lebih lama di sana. Hampir seminggu di umah Chik, at least boleh mengubat rindu kat Chik tersayang. Kalau ler i bleh transfer keja kat sini.....alangkah...alangkah....alangkah bahagianya la wei, huhuhu.
Okaylah, doa2kanlah selalu.....semoga satu hari termakbul hajat i tu, insha allah. Tataaaa....

i luv Allah....

Khamis, 28 Februari 2013

Perajurit Negara

Assalamualaikum w.b.t

Berkisar kepada isu besar yang sedang negara alami sekarang iaitu penceroboh/pengganas Sulu di Sabah. Allahuakbar...seorang demi seorang perajurit negara gugur. Kesedihan turut i rasai walaupun mereka yang gugur bukanlah ada kena mengena dengan diri ini. Kenapalah kamu begitu zalim wahai penceroboh sehingga tergamak melakukan sedemikan rupa kepada perajurit kami? Begitu bermaharajalela sekali kamu yer. Hanya mereka saja yang tau jawapannya. Kalo letakkan i ditempat penceroboh (yang celaka) ni rasanya tak tergamak nak buat sedemikian rupa waima pada seekor ikan yang hidup sekali pun. Sebab pada i, harga sebuah nyawa tu amatlah mahal...subhanallah. Apalah yang mereka mahukan tak pasti tapi kalo ikut logik akal yang waras, apa perkara sekali pun boleh dibawa berunding. Jangan ler sampai gunakan kekerasan dan kekacauan macam tu. Rasanya ramai yag setuju dengan i...kan?
Kasihannya i dengan isteri muda yang kehilangan suami, anak kecik yang kehilangan ayah, ibu tua yang kehilangan anak, bakal isteri yang kehilangan tunang. Aduhai....sedih yang amat bila i cuba letakkan diri i ditempat insan2 yang kehilangan ini.
Tak dapat nak teruskan entry, terasa sedih. Hanya ucapan takziah buat para keluarga perajurit negara ini dikirimkan dan doa Al-Fatihah buat roh mereka yang telah gugur. Hanya Allah yang akan membalas jasa-jasa kalian dan semoga roh kalian ditempatkan dikalangan para sahabat dan orang-orang yang beriman.

i luv Allah..