Khamis, 28 Februari 2013

Perajurit Negara

Assalamualaikum w.b.t

Berkisar kepada isu besar yang sedang negara alami sekarang iaitu penceroboh/pengganas Sulu di Sabah. Allahuakbar...seorang demi seorang perajurit negara gugur. Kesedihan turut i rasai walaupun mereka yang gugur bukanlah ada kena mengena dengan diri ini. Kenapalah kamu begitu zalim wahai penceroboh sehingga tergamak melakukan sedemikan rupa kepada perajurit kami? Begitu bermaharajalela sekali kamu yer. Hanya mereka saja yang tau jawapannya. Kalo letakkan i ditempat penceroboh (yang celaka) ni rasanya tak tergamak nak buat sedemikian rupa waima pada seekor ikan yang hidup sekali pun. Sebab pada i, harga sebuah nyawa tu amatlah mahal...subhanallah. Apalah yang mereka mahukan tak pasti tapi kalo ikut logik akal yang waras, apa perkara sekali pun boleh dibawa berunding. Jangan ler sampai gunakan kekerasan dan kekacauan macam tu. Rasanya ramai yag setuju dengan i...kan?
Kasihannya i dengan isteri muda yang kehilangan suami, anak kecik yang kehilangan ayah, ibu tua yang kehilangan anak, bakal isteri yang kehilangan tunang. Aduhai....sedih yang amat bila i cuba letakkan diri i ditempat insan2 yang kehilangan ini.
Tak dapat nak teruskan entry, terasa sedih. Hanya ucapan takziah buat para keluarga perajurit negara ini dikirimkan dan doa Al-Fatihah buat roh mereka yang telah gugur. Hanya Allah yang akan membalas jasa-jasa kalian dan semoga roh kalian ditempatkan dikalangan para sahabat dan orang-orang yang beriman.

i luv Allah..