Selasa, 19 Julai 2011

Sedetik duka

Sehingga coretan ini dititipkan, mata aku masih lagi bergenang dengan airmata. Kesedihan dari malam tadi tak dapat dikikis sehingga ke separuh hari ini. Ya Allah, sedihnya tak dapat nak digambarkan.
Panggilan telefon dari suami jam 11.10 mlm semalam mengejutkan lenaku yg baru hendak menyapa. Perkhabaran yg diterima dari Chek yg memberitahu tentang pemergian mak saudara aku atau lebih mesra dengan panggilan 'Mokcik'. Perkataan yg kuar dari mulut aku hanya Allahuakbar. Baru petang td aku diberitahu oleh Chek bahawa keadaan mokcik yang dah semakin letih dan lemah. Malam td Chek bercadang untuk tidur di rumah abg adi iaitu anak mokcik bg menjaga satu-satunya kakak yang Chek ada.
Selepas menerima panggilan dari hubby mlm td aku bercadang utk menyambung kembali lena yang terganggu tetapi mata pulak dah merajuk. Dalam situasi itulah bermacam-macam kenangan dan gambaran watak mokcik bermain-main dalam fikiran aku. Watak-watak yang dibawa oleh mokcik sepanjang hidupnya yang aku kenali mengimbau2 depan mata. Kali terakhir aku berjumpa dengan mokcik tak silap aku pada awal bulan Jun semasa aku balik bercuti kat Kelantan. Ingat lagi ketika lawatan itu aku pergi bersama Chek, kak ma, kak esah dan thok. Kami bawakan sedikit kek cawan yang diberi oleh k.imin sempena perkahwinan huda. Keadaan mokcik ketika itu agak baik walaupun sudah uzur dan pada waktu itu mokcik tgh sakit kerongkong. Sebak melihatkan akan mokcik tika itu dengan matanya yang sudah makin kabur dan kederatnya untuk duduk. Aku sangat kasihan dengannya tapi apakan daya aku untuk membantunya. Sebagai anak saudara aku hanya jalankan tanggungjawab sepadan dengan status aku. Sesekali aku balik ke kampung bolehlah aku melawatnya, jika tidak pun ape yg termampu aku buat hanya dengan mengirimkan sedikit wang dan bertanya khabar melalui Chek. Pada hari itu aku cuba mengadapnya, bercakap dan membantu k.esah mengurut2 tangan dan kakinya. Wajah mokcik yang seawal kami tiba yg kelihatan agak sugul bertukar sedikit ceria apabila kami ramai2 melayannya.. Bila menatap wajahnya aku menjadi sebak, mata mula bergenang bila mengenangkan dengan keadaannya yang sangat uzur.
Imbas kembali kenangan bersama beliau. Hajjah Limah bt. Yaakub atau Mokcik panggilan dari anak2 saudara kepadanya. Mokcik merupakan kakak kepada Chik. Bekas seorang tukang urut. Ke sana ke sini hanya dengan mengayuh basikal tuanya. Gagah sangat mokciknya, selagi terdaya setiap permintaan dari orang untuk mengurut pasti tak akan dihampakan. Setiap kali kami sakit2 pun terutamanya sakit kepala atau seliuh, hulurkanlah kepada mokcik....insyaallah hasil dari kebolehan pemberian Allah kepadanya pasti menjadi. Kalau nak mengurut atau bertungku ketika dalam pantang...dialah jugak org yang kami cari. Seronok dengar celotehnya yang seringkali mengimbas kenangan zaman mudanya. Secara peribadi, aku suka dengan personaliti yang dimiliki oleh mokcik.
Cukuplah setakat ini tulisan aku untuk didedikasikan buat satu2nya mak saudara yg aku sayang. Walaupun mokcik telah tiada namun ingatan kepadanya tidak akan luput dari kenangan aku. Sebagai anak saudara, apa yg termampu untuk aku lakukan sebagai tanda sayang dan penghargaan di atas segala pertolongan mokcik selama hayatnya adalah sedekah doa Al-Fatihah yang tak henti buat ketenangan dan kesejahteraanmu di sana. 
Gambar hiasan
Semoga roh arwah Hajjah Limah bt.Yaakub di tempatkan dikalangan org2 yg beriman....amin, AL-FATIHAH.

i luv Allah....