Sabtu, 21 Julai 2012

Salam Ramadan 1433

Assalamualaikum,
Salam Ramadan semua. Bulan yang dinantikan oleh semua dan i pun dah tak sabar2 nak berpuasa. Herrmmm....puasa ker?cam tak jer...huhuhu, awai2 dah raya...ntah hapa2 jer lah. Besa ler...nama pun org pompuan kan, ade kelebihan....bleh ponteng dengan izin. Malam nie dah start solat terawih. Seronoklah weh...suasana malam bulan ramadan memang terasa kelainannya. Syahdu lain macam, nak2 lagi tahun nie i menyambutnya berdua dengan aisy. Jauh dengan hubby apatah lagi Chik yang berada di seberang laut sana. Orang lain sume pakat balik menyambut puasa kat kampung. Petang tadi abis ofis hour berpusu-pusu orang nak balik hari nie jugak, kononnya nak bersahur malam pertama dan esok berbuka puasa bersama keluarga dan orang2 tersayang. Huishhh....bestlah diorang, kami berdua jugaklah yang saling pandang-memandang sesama sendiri. Huhuhuhu....ape nk buat, nama pun merantau...kena sedar diri. (ayat cam syahdu...konnon). Namun demikian, sempena menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini...i dengan rendah hati memohon kemaafan dan keampunan daripada semua yang membaca blog a.k.a diari Citra Fareda ini. Buat hubby yang tersayang, ucapan i sempena ramadan ini...i mohon ampun & maaf atas segala salah & silap i selama nie. Maaflah kerana tahun ini i tak dapat menyambut 1 Ramadan dengan u, x dapat bangun & sediakan sahur untuk u, x dapat masakan juadah berbuka utk u (walaupun sebelum2 nie pun i jarang wat juadah berbuka...ahak2) dan tak dapat tunggu u balik dari terawih. Walaubagaimana pun darling, i x pernah lupakan u...everything what i do, i never forget u. 




Salam ramadan from:
>>>>ur lovely wife n son<<<<

i luv Allah....