Rabu, 22 Jun 2011

Bonda yang amat aku Sayangi

Tanpamu siapalah aku. Perkataan nie adalah yang tepat aku tujukan buat satu2nya ibu kesayangan yang aku ada dalam dunia ini...Hajjah Saodah atau aku panggil 'Chek'. Serba sedikit tentang ibuku. Seorang yang sangat hebat, berjiwa kental, berhati mulia dan amat patuh kepada perintah Allah taala. Kehilangan suami (ayah) pda usia yang agak muda. Namun demi membesarkan anak2, rela hidup berseorangan sehingga kini.




Chek, wajahmu kini jelas menggambarkan kepuasan. Di atas segala penat lelahmu selama membesar kami telah membuahkan hasil. Aku berjanji selagi hayat dikandung badan, akan aku cuba memberikan yang terbaik demi untuk kebahagiaanmu...insyaallah. Tiada ape yang aku harapkan darimu kini selain dari Doa dan Restu mu untuk mengiringi aku sepanjang hidup di muka bumi Allah ini. Chek, Kasih Ibu Membawa Ke Syurga...Kasih Ayah Membawa Bahagia.


Al-Fatihah untuk ayahanda Haji Che Isa, semoga rohnya berada dikalangan orang-orang yang beriman. Ya Allah, Kau ampunilah dosa kedua ibubapa ku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku semasa aku masih kecil..Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan