Selasa, 21 Jun 2011

Pembuka Kata Pemanis Bicara

"Tiada kata secantik bahasa...untuk ku puji adinda" (nyanyian semula by : Monologue). Aku minat giler dengan alunan irama lagu ini setelah diberi nafas baru pada zaman ini. Ketika dibawakan oleh penyanyi asalnya, tidaklah pulak aku tergerak ati nak menghayatinya bait2 rangkap lirik lagu ini.
Okay...mukaddimah itu aku jadikan sebagai pemanis dalam bicara kata pertama aku sebagai penulis blog. Andai ade yg sudi, izikan aku memperkenalkan diri. Serba sedikit dan ringkas tentang aku. Kenali aku sebagai seorang kawan, sahabat, teman, member, adik, kakak atau pun anak.....boleh panggil aku kakak, adik, ibu atau anak. Bergantung kepada kesesuaian (paham2 jer lah yer...)
Dilahirkan dalam sebuah keluarga bahagia. Aku amat2 menyayangi arwah ayah, ibu, kakak-kakak, abang dan adik. Mereka adalah insan2 paling istimewa yang diberikan Allah untuk aku di atas muka bumi ini.
Dilahirkan sebagai anak ke 6 daripada 7 orang adik beradik. Allah menganugerahkan Hajjah Saodah dan arwah Haji Che Isa dengan 5 org puteri dan 2 putera.

Turutan bermula dari kiri, Kakak, Thok, Achik, Kak Ma, ambo (yg berada di atas riba) & Abang
Kenalilah adik-beradik kesayanganku, mereka adalahhhhh........"ewahh dah rupe nak umumkan pemenang lak..hohohoh"
Berdiri dari kiri, Azizah (kakak)...anak kedua. Seorang yang penyayang dan amat bertanggungjawab kepada adik2. Kini sudah mempunyai 5 orang cahayamata, namun begitu masih setia mendengar keluhan dan luahan adik-adiknya. Tengkiu kakak, semoga kakak bahagia bersama suami dan keluarga tercinta.
Dua dari kanan, Zaharah (thok)...anak kelima. Pada mata aku yang celik nie, die seorang yang baik dan rajin belajar ketika di zaman persekolahan dulu. Umurnya pun beza 2 tahun dgn aku. Amat menyayangi keluarganya, semoga thok terus bahagia bersama suami dan 4 org cahayamata yang dikurniakan Allah.
Tiga dari kiri, Che Faridatun (achik)...anak ketiga. Kakakku yang paling pandai memasak dan seorang yang lembut. Pada aku, achik seorang yang perahsia dan sukar untuk tahu ape yang tersirat dalam hatinya. Aku sentiasa doakan semoga achik sentiasa dirahmati oleh Allah dan bahagia disamping suami dan 5 org cahayamatanya.
Empat dari kiri, Chek Asma (kak ma)...anak pertama. Kakak sulungku ini adalah kesayangan Chek dan ayah, menjadi tunjang utama selepas pemergian ayah tersayang. Jasa kak ma membantu Chek membesarkan kami, takkan kami lupa sampai bile2. Semoga kak ma terus berbahagia bersama suami dan 6 orang cahayamatanya.
Berada atas riba, Cik Faridatul Asnah (noh)....anak keenam. Alamak, itu aku lah...susah nk describe diri sendiri nie. Tapi yg aku sedar aku nie mempunyai emosi tidak stabil, mood yang turun naik, tak pandai memasak tp suka mengemas, pandai berjimat dan suka berbelanja. Doa yang selalu dan sentiasa aku mohon pada Ilahi adalah semoga aku dapat kembali tinggal sebumbung dengan suami dan anakanda yang amat aku kasihi.
Lima dari kiri, Abdul Manaf (abang)...anak keempat. Satu-satunya abang yang aku ada. Anak lelaki pertama anugerah Allah dalam keluarga Hj.Che Isa dan Hajjah Saodah. Seorang yang penyayang, baik dan tegas. Semoga abang berbahagia bersama isteri dan anak2.
Ahaaa...budak kecik yang berdiri sorang2 adalah anak ketujuh dalam adik-beradikku. Abdul Razak (razak)...anak bongsu chek dan ayah. Apa yang bleh aku describe kan pasai adik aku sorang nie...kalo die nakkan sesuatu, die akan cuba utk dapatkan walau ape cara sekali pun. Berjiwa kental semoga berbahagia bersama isteri dan 2 org anak tersayang.

TERIMA KASIH TERISTIMEWA BUAT 
HAJJAH SAODAH YAAKUB 
JASAMU AKAN KAMI KENANG SELAMA-LAMANYA 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan