Khamis, 14 Jun 2012

Rumah Lot 1590A

Assalamualaikum,
Yiehaaaa....alang2 dah start cerita mula ler nk menulis jer. Kalo tak start terus jadi pekasam jer blog nie....basi terus dah x sedap, ehek. 
   Kali nie lak nak berceghite pasai rumah pusaka kat Kota Bharu. Skrg nie didiami oleh Chek & kakak sekeluarga merangkap peneman Chek dikala kesunyian. Berkat rezeki Chek yang murah, maka Chek pun memasang niat utk memperbaikinya supaya lebih kukuh. Maklum ajer lah...rumah tu dah agak uzur dan lama. Chek kata dah lebih 40thn usianya. Itu ler yang bleh dijadikan kenangan hasil binaan arwah ayah. Kami sume sayangkan umah itu. Dari tahun 1988 kami mula berpindah ke rumah tu selepas ayah meninggal. Macam-macam kenangan suka, duka, pahit, manis dan segala macam rasa kami kat rumah tu. Ketujuh2 adik-beradik i dari k.ma, kakak, achik, abang, thok, i sdri and razak sume berkawin kat umah nie. Ada jgk yg melahirkan anak (cucu Chek) kat sini jgk  & i plak pilih berpantang kat situ 6 thn lepas. Aduyai...memang touching and high value lah. Sekarang walaupun masing2 dah kuar dan berhijrah keluar dari rumah tu, namun kami tetap balik ke situ jugak. Mana lagi kami nak terjah kalo bukan ke situ. Itu lah umah Ibu kami...pusat berkumpulnya kami sekeluarga. Bilangan keluarga kami semakin membesar maka itu adalah salah satu faktor yang mendorong untuk Chek membaikpulih rumah kesayangan kami semua.
 Last week i balik kg, sempat jgk lah ambik picture saat2 terakhir rumah tu dirombak sedikit. Tp yg dinak dibaiki sepenuhnya hanya dibahagian dapurnya sahaja. Untuk part ruang tamu Chek nak kekalkan yang asal cume gantikan bumbung dan lantai yg baru sahaja. Lepas tu tambah bilik lagi satu. Haaahhh....i tak sabar nak tgk rumah pusaka tu selepas make over. Bersama2 ini i slotkan sikit gambar sebelum dan selepas part dinding dapur tu ditanggal.


Sebelum:  bucu dapur yg dinding zink tu tempat memasak tau.

Selepas: saat2 dinding dan zink bumbung rumah mula dicabut satu-persatu. 
Anyway, bagi pihak adik-beradik i nk wish million of thanks to my brother in law iaitu abg zaip coz dengan jasa dan usaha die lah sume nie dapat dilaksanakan seiring dengan kehendak Chek. Juga kepada kakak i merangkap isteri kpd abg zaip yang selama ini tolong jaga dan tengok2 kan Chek untuk kami. Kami berhijrah bukan suka2 tapi atas tuntutan kerjaya. Insyaallah, murah rezeki nanti i akan kembali ke negeri Kelantan nie....Amin.

i luv Allah....