Khamis, 19 Julai 2012

19 Julai 2012


Assalamualaikum,

Tanggal 19 Julai 2012 genaplah setahun pemergian ibu saudaraku atau lebih mesra dengan panggilan kami anak2 saudaranya sebagai Mokcik. Tiada hadiah seindah kalungan surah Al-fatihah, inilah hadiah terbaik yang dapat aku hadiahkan untuk menemaninya disana. 


Tenang dan damailah mokcik di sana. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

..........Al-fatihah..........

i luv Allah....

Rabu, 18 Julai 2012

MaalSalamah Ya Ummi

Assalamualaikum,
Untuk makluman semua kengkawan sekalian, hari ini bonda i berangkat ke tanah suci mekah buat kali kedua untuk mengerjakan umrah. MaalSalamah Ya Ummi...semoga umrah ini mendapat keberkatan dan Rahmat dari-Nya, insyaallah. Alhamdulillah, syukur kerana dengan izin Allah taala sampai jugak hajat bonda i untuk berpuasa di sana. Semoga Allah melindungi perjalanan bonda i dan rakan2nya. Hari nie i sanggup ambik anual leave semata-mata nak iring bonda kesayangan kat KLIA. i, hubby n aisy tiba kat airport seawal jam 12.30 tghari lagi walaupun tau bonda i tak sampai lagi time tu. Takpe lah at least x der lah kami terkejar2 dan tercari2 nanti. Org kat airport ari nie agak ramai. Bercampur-campur dengan  rombongan umrah yg baru sampai, yg nk kuar bercuti ke luar negara dan ke mana hala saja lah. Cambiasa, cerita bergambar menyusul di bawah:

i dengan Chik....tgh check pasport dan kelengkapan untuk check-in

Abang, Razak, Aisy, Chik n Hubby. Chik tengah sibuk layan panggilan peminat (hehehehe).

Razak, i, Chik n Abang. Haa...tu dia, abang lak tgh layan penggilan peminat...huhuhu

yang nie candid, snap time masing2 x ready. Tengok aisy tu sampai terjongket bahu,
Chik lak masih melayani panggilan dari peminat...hihihi, sempoi.
Demikianlah serba-sedikit kisah bergambar untuk tatapan adik-beradik i yang x dapat mengiringi Chik sampai kat kl. Doakan semoga bonda kita selamat mengerjakan umrah, berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan selamat kembali ke Malaysia penghujung bulan Julai ini. 
.............Wassalam.............

i luv Allah...

Khamis, 14 Jun 2012

Rumah Lot 1590A

Assalamualaikum,
Yiehaaaa....alang2 dah start cerita mula ler nk menulis jer. Kalo tak start terus jadi pekasam jer blog nie....basi terus dah x sedap, ehek. 
   Kali nie lak nak berceghite pasai rumah pusaka kat Kota Bharu. Skrg nie didiami oleh Chek & kakak sekeluarga merangkap peneman Chek dikala kesunyian. Berkat rezeki Chek yang murah, maka Chek pun memasang niat utk memperbaikinya supaya lebih kukuh. Maklum ajer lah...rumah tu dah agak uzur dan lama. Chek kata dah lebih 40thn usianya. Itu ler yang bleh dijadikan kenangan hasil binaan arwah ayah. Kami sume sayangkan umah itu. Dari tahun 1988 kami mula berpindah ke rumah tu selepas ayah meninggal. Macam-macam kenangan suka, duka, pahit, manis dan segala macam rasa kami kat rumah tu. Ketujuh2 adik-beradik i dari k.ma, kakak, achik, abang, thok, i sdri and razak sume berkawin kat umah nie. Ada jgk yg melahirkan anak (cucu Chek) kat sini jgk  & i plak pilih berpantang kat situ 6 thn lepas. Aduyai...memang touching and high value lah. Sekarang walaupun masing2 dah kuar dan berhijrah keluar dari rumah tu, namun kami tetap balik ke situ jugak. Mana lagi kami nak terjah kalo bukan ke situ. Itu lah umah Ibu kami...pusat berkumpulnya kami sekeluarga. Bilangan keluarga kami semakin membesar maka itu adalah salah satu faktor yang mendorong untuk Chek membaikpulih rumah kesayangan kami semua.
 Last week i balik kg, sempat jgk lah ambik picture saat2 terakhir rumah tu dirombak sedikit. Tp yg dinak dibaiki sepenuhnya hanya dibahagian dapurnya sahaja. Untuk part ruang tamu Chek nak kekalkan yang asal cume gantikan bumbung dan lantai yg baru sahaja. Lepas tu tambah bilik lagi satu. Haaahhh....i tak sabar nak tgk rumah pusaka tu selepas make over. Bersama2 ini i slotkan sikit gambar sebelum dan selepas part dinding dapur tu ditanggal.


Sebelum:  bucu dapur yg dinding zink tu tempat memasak tau.

Selepas: saat2 dinding dan zink bumbung rumah mula dicabut satu-persatu. 
Anyway, bagi pihak adik-beradik i nk wish million of thanks to my brother in law iaitu abg zaip coz dengan jasa dan usaha die lah sume nie dapat dilaksanakan seiring dengan kehendak Chek. Juga kepada kakak i merangkap isteri kpd abg zaip yang selama ini tolong jaga dan tengok2 kan Chek untuk kami. Kami berhijrah bukan suka2 tapi atas tuntutan kerjaya. Insyaallah, murah rezeki nanti i akan kembali ke negeri Kelantan nie....Amin.

i luv Allah....

suamkan blog yang beku

Assalamualaikum,

waduh3...rindu bangat seh. Sekian lama tidak mengupdate blog nie. Terlampau banyak rasanya nak diceritakan sampai tak tau yang mana satu nak dimulakan dulu...huhhh, tarik nafas sikit.
Yihaaaa......nak melotop raso dado den nie. Dah tak soba2 nak kluarkan idea tapi kena kumpulkan bunga2 ayat dan coretan supaya lebih teratur dipaparan blog ini. Bior bahasa seindah paras rupa...ahaaaiiii.
 1st nak share good news kat sini iaitu berkenaan dengan pendaftaran haji. Alhamdulillah, i dgn aisy dah wat pendaftaran kat pejabat Tabung Haji Kajang hari isnin lepas (11 Jun 2012). Simpanan yang perlu ade dalam akaun yang melayakkan utk mendaftar masih lagi RM1300. Insyaallah, tarikh untuk tunaikan Haji bermula 38 tahun dari sekarang. Mak ai...ternganga mulut i bile pegawai Tabung Haji tu kata puan akan pergi ke mekah pada umur 70++tahun dan anak puan berumur 44 tahun. Tua nye....sempat ker idok i nk smpi ke umur tu. Siap ty lg kat pegawai tu.."agak2 kalo sy nk pergi sebelum umur tu boleh dak encik?kalo umur 70++ tu dah tua kut"...heheheh. pegawai tu jawab.."insyaalllah...kite tgk dlu mcmana". Tp x per lah...at least i dah daftar kan. Macam Chek (mak kesayangan i ler tu) kata,.."x per lah, sekurang2nya kite ade niat nk pergi. Insyaallah..Allah akan permudahkan jalan".
satu buku i, satu lagi buku aisy.
Betoi kata Chek tu &n i nk share kat sini adalah kekaguman i dengan sikap Chek. Dah 1x tunaikan haji dan sehingga kini masih tidak jemu2 untuk tunaikan umrah plak. Bukan sume org bleh jadi mcm Chek. Hati dan jiwanya seolah2 separuh dah diletakkan di Mekah....subhanallah, Maha Suci Allah. Apa2 pun semoga Chek sentiasa mendapat limpahan Rahmat dariNya. i sebagai salah seorang dari anak2 Chek mendoakan semoga perjalanan Chek ke tanah suci pada 18 Julai 2012 nanti selamat pergi dan selamat kembali ke tanahair...Amin.

i luv Allah....

Isnin, 5 Mac 2012

Bye2 SII...welcome Tablet

Assalamualaikum pembuka bicara, cetusan idea menghibur jiwa...selebihnya sambung la sendiri,hahaha (lawak la kot). Kisah kali ini, ahaaa....taraaaaa, sepertimana tajuk di atas. Welcome my new samsung galaxy tab 7.0 and byebye to my darling samsung galaxy SII. Tak sampai setahun kite bersama kan SII tapi ape kan daya  cintaku telah beralih arah pada galaxy tab....huhuhu. Namun begitu itu tidak bermakna aku membencimu SII cume mungkin disebabkan tuntutan nafsu diri menyebabkan sume ini berlaku...ahaksss, ntah hapa2 jer lah. 


SII yg ku sayangi....kite terpaksa berpisah jua...hahaha, 

Saat2 terakhir sebelum kite berpisah. Sebagai kenangan yg kau pernah menjadi milikku suatu ketika dahulu. I will miss u  sayangku SII....huhuhu.

taraaaaa......my new bff, will we be a friend darling????

i like u so much darling....u make my life increase happening (hahaha...hentam sajer lah) 
Sebenarnya tak banyak bezanya function antara dua samsung nie tp ade satu langsung takder bezanya adalah jenama die...tetap Samsung Galaxy, hahaha...bikin lawak la tu. Best dgn tab nie ofcoz la screen die...besau, lebau dan melampau daripada SII. Puas ati time nk membaca, melenser, mengomen dan macam2 lagi lah. Kelajuan pun advance jgk....dah body besar tentu ler pickup pun mencengkam. Cume kelebihan SII dari segi body die yg cantek...slim rapat gitu. Ibarat macam ala2 model la kut. Tablet pulak okay2 jer, besar tidak kecik pun tidak. Kalo dipegang ibarat bwk diary jer, cam cute sangat bile die berada dalam genggaman jemari kite nie tau. Jadi risiko untuk tertinggal pun lebih rendah berbanding dengan SII yg terlalu nipis tu sehinggakan bleh masuk di bawah celah pintu. Hermmm....tp korang di luar tu jgn pulak terpengaruh dengan alasan2 aku tau. Yerlah, lain org lain pendapatnya. Terpulang pada pendapat dan keselesaan individu yg pernah menggunakan gadget nie. Aku menulis bukan kerna nama....hish, tersasul sudah. Okay uols, selamat malam...............

i luv Allah....

Melaka...ku daTanG.

Assalamualaikum..

Melaka Bandar Bersejarah, sapa orang melaka angkat kening...hahahahha. i visit melaka last week tau. Lawatan 2 hari 1 malam...happening gak. Saja nk bawak aisy berjalan-jalan. i lak nie 1st time sampai...huhuhu. Dolu2 sapa ler nak bawak, duk kat kelantan jauh nak sampai melaka nie. Sekarang dah duk kat selangor nie bleh la lajak2 kan kete sampai ke sana. Tempoh perjalanan tak lama, makan masa lebih kurang nk 2 jam jer. Pakai gps...search melaka, die bagi ler direction sampai terus depan pintu hotel...senang sangat. Alhamdulillah...kemudahan yang ada hasil daripada rezeki yang diberi oleh Allah swt. Sepanjang dua hari kat sana, banyak tempat yang sempat kami lawat. Itu pun coz en. kamal yang rajin ngajak jalan...kalo harapkan i nk lepak dalam bilik hotel jer. tp betoi ler dgn tindakan en.kamal tu coz alang2 dah sampai tu mesti ler pegi sume tempat2 yag dikatakan bersejarah tu. Naik lenguh kaki dan otot2 i berjalan, panjat bukit...turun tangga tu..huhuhu. Dua beranak tu cam dicucuk2 dengan ubat tenaga jer...langsung tak ngadu penat, heran betoi. Okay, now let me show some picture...antara lokasi2 yang kami singgah adalah...taraaaaaa.....
Kubu peninggalan Belanda...A Famosa. Kami ke sini dengan menaiki beca coz keta tinggal kat kawasan parking gereja merah nun. Saje nak bagi aisy merasa naik beca.
pintu belakang kubu. Dinding bangunan macam dah dicat semula jer..
depan muzium sepertimana yang terpamer dalam picture tu. Kami bergambar depan gate die jer...tak terasa berminat nak masuk, huhuhuh..
nie i panggil gereja merah, huhuhu...nama die Christ Church Melaka. Besau T die kan?
diorang berlagak jadi patung cendana...dari jauh dah nampak ade rupa cuma kena tukar nama jadi patung cendawan, hahhaha..
tabiat i suka singgah kat kedai2 yang berwarna-warni. Tak beli per pun tp saje nak try2..
beca yang bawa kami keliling kota melaka...happening sangat. Dihiburkan dengan lagu 'aku anak kampung'. 1st time dengar lagu nie terus minat, walhal belum lagi keluar dicorong radio coz abg beca tu bgtau die pasang lagu nie pun sebab dpt cd pemberian daripada org sabah. Agaknye jimmy palikat baru nk wat promosi kat semenanjung.
hati2 dengan meriam tu....tengok cerobong sebesar tu pun dah menggerunkan.
hehehehhe....peace
besar betoi patung Laksamana Ho Chi Ming nie. Beliau merupakan pedagang cina yang mula2 memeluk agama islam dan seterusnya menyebarkan ajaran agama islam....kalau salah fakta tolong perbetulkan.

aisy dah start wat aksi ultraman, superman, ironman, badman dan bermacam2 lagi. Nak larang pun....errrmmm, mcm tu jer lah.
ade die kesah....hahahha
i & en.kamal.....picture by aisy.
terapi wat aisy setelah penat berjalan dan meronda kota melaka. Seronok sangat ler die dpt monopoli kolam tu sorang2.

Sabtu, 11 Februari 2012

Seharian Di Z00 NEGARA

As'salam....ahaaa, kite berderak (berjalan) ke Z00 Negara skali. Hermmm...1st time aku sampai sini, jangan x cayer ler. Kalo x disebabkan nk bawak Aisy rasanya aku tak akan sampai lagi ke sini. Agaknya bukan tempat favourite aku kut? Itulah, demi anakkan... tempat yg tak suka/tak pernah pergi pun terpaksa diturutkan. Rasanya selain aku, korang2 kat luar tu mesti dah berkali-kali sampai kut jadi tak perlu ler aku nk bercerita dengan detail ape yang ade kat dalam Z00 nie yer. Ape idaknya, dah sebut Z00 pun budak 3 tahun pun tau ape ade kat situ. Dipendekkan cerita, hanya picture untuk kenangan; 






























ermmm.....itu lah antara yg ado, selebihnya untuk simpanan peribadi jer lah. Seharian di Z00 dari jam 10 pg sampai ke pukul 4.30 ptg, harapnya dapatlah memuaskan hati Muhammad Aisy. Penat memang penat tapi seronok jugak. Okaylah tu kan Aisy?nk bwk jalan tempat jauh2 PAMI (singkatan untuk 'Papa & Ummi') tak der kesempatan cuti lagi. Paham2 jer ler...kite (ummi & aisy) kan berhubungan jarak jauh dengan papa, cuti plak berlainan...susah sikit nak plan. Malam nie pun papa dah nak balik ke Terengganu, esok dah keje. Tapi kite plak...yahuuuu..cuti, esok bleh tido puas2. Insyaallah...ade rezeki masa, kite makan angin jauh sikit dan kluar dari area balakong nie.

i luv Allah.....