Sabtu, 11 Februari 2012

Seharian Di Z00 NEGARA

As'salam....ahaaa, kite berderak (berjalan) ke Z00 Negara skali. Hermmm...1st time aku sampai sini, jangan x cayer ler. Kalo x disebabkan nk bawak Aisy rasanya aku tak akan sampai lagi ke sini. Agaknya bukan tempat favourite aku kut? Itulah, demi anakkan... tempat yg tak suka/tak pernah pergi pun terpaksa diturutkan. Rasanya selain aku, korang2 kat luar tu mesti dah berkali-kali sampai kut jadi tak perlu ler aku nk bercerita dengan detail ape yang ade kat dalam Z00 nie yer. Ape idaknya, dah sebut Z00 pun budak 3 tahun pun tau ape ade kat situ. Dipendekkan cerita, hanya picture untuk kenangan; 






























ermmm.....itu lah antara yg ado, selebihnya untuk simpanan peribadi jer lah. Seharian di Z00 dari jam 10 pg sampai ke pukul 4.30 ptg, harapnya dapatlah memuaskan hati Muhammad Aisy. Penat memang penat tapi seronok jugak. Okaylah tu kan Aisy?nk bwk jalan tempat jauh2 PAMI (singkatan untuk 'Papa & Ummi') tak der kesempatan cuti lagi. Paham2 jer ler...kite (ummi & aisy) kan berhubungan jarak jauh dengan papa, cuti plak berlainan...susah sikit nak plan. Malam nie pun papa dah nak balik ke Terengganu, esok dah keje. Tapi kite plak...yahuuuu..cuti, esok bleh tido puas2. Insyaallah...ade rezeki masa, kite makan angin jauh sikit dan kluar dari area balakong nie.

i luv Allah.....   

Selasa, 31 Januari 2012

Bila Hero Ummi Disakiti

Ahaaa...nak bercerita sikit, hal budak2 tp kadang-kala kena campurtangan ibu bapak jugak kan? jom terus pada kisah kali ini. Sebelum tu kena bukti bergambar sikit;
Tu die...nampak tak?yg tanda dah macam luv bite tu haaaaa...ish3! Itu memang bite tp gara2 bergurau dengan kawan kat tadika. 1st time aku tengok tu kesan gigitan tu agak teruk ler jgk..sampai bleh kira brp bilangan bekas gigi kat kulit aisy tu. Huhuhu...budak mana ler yg jenis suka gigit-menggigit nih??Tanya dengan aisy...katanya ade sorang budak tu bernama 'sekian2' yg gigit die. Kesnya berebut tilam time kat transit. Hai...gitu plak. Xper lah aisy...nanti ummi buh obat n minum obat jugak. Hampir2 demam aisy dibuatnya gara2 gigitan itu. Esok ummi akan jumpa dengan ustazah, nk kenal mesra dengan budak tu...

i luv Allah....

Ahad, 29 Januari 2012

HomeWork

Haluuuu.....haaahhh, baru bleh tarik nafas lega sikit. Dari pagi tadi mulakan dengan memasak nasik dan sediakan juadah utk makan tengahari. Breakfast???...huhuhu, style aku kalo hari minggu nie breakfast biasenya di skip walaupun aku tahu itu x sepatutnya berlaku dan tak elok diamalkan selalu. Hermm...sehingga jam 12 tghari aku dah siap masak satu lauk yg sesuai utk org malas cam aku nie, ambik dari resepi dari blog akak rohaisha (Damar Qalbu). Taraaaa......Ayam Kukus Halia
halia yang banyak hingga menutupi ayam2nya...sedaplah.
Alhamdulillah, rezeki aku hari ni dah pun aku dengan Aisy nikmatinya dengan penuh kesyukuran. Masak sudah makan pun sudah....tgh ke sana ke mari, mata nie dari semlam dah terasa sakit jer setiap kali terpandang bakul besar yg bertimbun dengan kain baju tu. Dah kering 2,3 hari lepas lagi. Tp sebab sibuk beno bekerja kat bandar besar nie kan (busy dengan jammed) kuar awai pagi balik sampai umah lewat petang jadinya waktu malam tu terasa cepat sangat berjalannya. Duk wat itu ini sedar2 dah tengahmalam. Last2 kain tu duk ler bertambun2 tak pernah susut2 pun sampai ler ke hari nie. Aduyai...kalo aku x lipatkan sapa lagi yg nk tolong watkan, x kan aisy kut?no..no..no! banyaknya kain baju nie...walhal duk berdua jer. Okaylah, membebel pun tak guna....sambil2 tumpang aisy layan "Stuart Little" tu tangan yg lembut nie menari gemalai sari melipat kain baju tu. Akhirnya, selesai jugaklah kerja rumahku hari ini...hahhh. Aisyyy....cepat buat homework, esok dah sekolah. Ummi gunakan kuasa veto....huhuhu

Aisy yang patuh pada perintah ummi dengan segera terus buat homework...hahahah
ummi sayang aisy sangat3.


i luv Allah.....

Jumaat, 27 Januari 2012

Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu



Bercucuran airmata bila mengenangkan

Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan

Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu.....
Aduyai...camner tengah2 khusyuk layan lagu2 nyanyian penyanyi Aishah dalam youtube nie bleh termuncul lagu nie. Muzik intro masuk, hati dah start sayu. Masuk jer lagu mate udoh bergenang....sampei tang chorus dah berjurai2 ayo mate tu turun. Pasai ler hati nie 'tersayu' plak?ape idoknya teringat kat Ibunda a.k.a CHEK satu2nya mak yang aku ade atas dunia nie. Ayah dah lama x der....jadi kasih sayang sume tumpah kat die jer. Rindu jer mesti nk tipon tanya kabor. Nie sebab dah lewat malam jer...kalo awai2 dah tentu x nyempat2 tangan nie mendail nombor henpon CHEK. Begitu ler nk mengkhabo kan kat sini yer....betapa besarnya kuasa seorang ibu. Dengar lagu cerita pasei pengorbanannya pun hati udoh menggelepor kesayuan. Itu aku ler...org lain ntah ler pulak. Begitu ler kesahnya...aku adelah anak kepada CHEK dan sekarang aku dah jadi Ummi kepada Aisy. Harapan aku yang setinggi Gunung Everest nie pada anak aku pulak adalah jadilah seperti Ummi,heheheheh.....waima dah kawin & beranak, ibu tetap menjadi Pujian Hatiku. Harapan aku sebagai ibu kepada Aisy, bukan harta benda yg Ummi harapkan apabila kamu dewasa kelak. Cukuplah dengan ingatan, penghormatan dan pengiktirafan Ummi sebagai '1st Lady' dalam hidup ANAK UMMI. Tapi andaikata harta benda kamu hulurkan jua....tak akan mungkin UMMI menolak, udah itu rejeki namanya bukan? Dengan itu UMMI panjatkan Syukur Alhamdulillah.

aku telah menjadi anak kepada Chek...dunia sampai akhirat, " Chek...you are my 1st Lady".
giliran aisy pulak penyambung generasi menjadi anak aku...dunia sampai akhirat.


i luv Allah......

Ahad, 4 Disember 2011

Pindah

Assalamualaikum,
Pindah...pindah...pindah, setakat nie dah berlaku sebanyak 4 kali perpindahan dalam idup aku. Welawei....penat sunggoh sepanjang melalui proses ini. Bermula dari tahun 2004, perpindahan pertama selepas kawin. Lokasi dari Kota Bharu ke Dungun. Sebab perpindahan coz aku ditempatkan di pejabat tapak bagi projek pembinaan jambatan Dungun. Sang suami plak masih berada di Kelantan....akibat dari itu jadilah 'perhubungan jarak jauh' antara kami. Tahun 2005, sang suami tamat kontraknya di tapak projek pembinaan jambatan Tendong, Pasir Mas...alhamdulillah, berpindahlah pulak die ke Dungun untuk bersama dengan sang isterinya ini. Tapi gumbiranya sekejap saje. Bulan feb 2005 aku mendapat tawaran bagi jawatan Pembantu Teknik dengan sebuah jabatan kerajaan. Kena lak lapor diri di kementerian kat Putrajaya nun. Syukur alhamdulillah, aku berjaya ditempatkan di pejabat cawangan iaitu di Kuala Terengganu. Errrrrmmmmm....nampak gayanye aku kena berulanglah setiap hari dari Dungun-K.Trg dengan perjalanan mengambil masa 1 jam (140km-pergi balik)/hari. Takpe lah...demi kerjaya, aku berkorban. Bertahan selama 2 bln berulang, aku mula rasa keletihan dan keboringan memandu jarak jauh setiap ari. Ambik keputusan untuk menyewa bilik di K.Trg. Jarak jauh pulak dengan sang suami...again!!Bulan ogos 2005 sang suami plak mencadangkan untuk berpindah dan menyewa sebuah rumah di K.Trg....kesian katanya kat aku pasai kena berulang seminggu skali ke Dungun. Kali nie biar die plak yg berulang-alik. 
Okaylah...untuk kali ke-2, kami berpindah lagi. Ketika itu sang suami masih dengan projek di dungun sehinggalah tahun 2006 die berpindah plak ke projek di Kemaman. Aduyai...makin jauh pulak, kalo diukur dengan masa perjalanannya makan smpi 2 jam++, coz masuk ke site projek tu jauh ke dalam ceruk hutan. Tapi pe kan daya, dah rezeki kami kut...terimalah seadanya. Selama itu berulang lah sang suami setiap hujung minggu untuk menjenguk sang isteri. Kebetulan lak time tu sang anak masih kecik....semangat ler die nk jenguk anaknye. Situasi itu berpanjangan sehingga lah ke tahun 2009. Niat di hati nk terus menetap di K.Trg....nak usha2 rumah ler. Alang2 dah lama beno menyewa ade ler baiknya kalo beli.. bleh jadi aset. Tapi begitulah kalo dah jadi ketentuan, dah tersirat dalam kamus hidup. Berlaku sesuatu yang mengejutkan dalam organisasi jabatan. Semua pejabat cawangan diarahkan tutup dah berpindah ke ibupejabat di kuala lumpur. Adoiy...hai, kusut3!!! Bulan julai 2009 berhijrah lah aku ke Kuala Lumpur dengan meninggalkan sang suami bersama sang anak di K.Trg. Again....aku menyewa bilik di segambut! Perancangan awalnya, sang anak sengaja ditinggalkan bersama sang suami sbb aku nk cuba buat surat mohon tukar jabatan dengan menjadikan alasan sang suami & sang anak berada di kampung. Harapan aku semoga semua ini tak lama, semoga ade sinar kecerian untuk membolehkan aku tinggal serumah dengan sang suami dan sang anak. 
Pada Ogos 2009 buat kali ke-3, sang suami memutuskan untuk berpindah semula ke Dungun. Bagus jugak cadangan die pasai kesian kat die coz terpaksa berulang alik setiap hari dari Dungun-K.Trg semata2 nk menghantar &mengambil sang anak di nursery. Selama lebih 2 1/2 tahun aku setia berulang dari Kuala Lumpur-Dungun, semata2 untuk menjenguk sang anak dan sang suami. Sedih...sedih...sedih...ape nk buat kan??Untuk kesekian kalinya, tahun ini 2011...berlaku lagi kejutan bodoh dalam organisasi jabatan nie. Dasar penswastaan....bla..bla...bla, malas aku nk citer menda x masuk dek akal!!! Disebabkan situasi itu lah, harapan untuk aku kembali ke kampung terencat & makin kabur. 
Buat kali ke-4, aku dan sang suami buat keputusan untuk berpindah LAGI!kali ini lebih jauh, bukan lagi dalam terengganu bukan jgk kelantan....tempatnya kali nie jauh di selatan negeri selangor. Tanggal 2 dis 2011 berpindahlah aku ke sini. Kali ini bersama sang anak pulak meninggalkan sang suami yg masih lg berada di terengganu atas tuntutan kerjayanya. Alahai...macam tu lah, kite nie hanya merancang tetapi yang menentukan segalanya hanya ALLAH SWT saja yg berkuasa. Lepas ini aku tak tahu ape plak yg akan berlaku. Harapan aku yg tak pernah2 putus selama ini adalah untuk tinggal sebumbung semula dengan sang suami. Sama2 mendidik anak dan sama2 merancang masa hadapan. Waallahulam....semoga Allah ampun dosa2 ku yg lampau.

i luv Allah....

Ahad, 4 September 2011

Hari Keluarga WARISAN CHE ISA

Jom kite berpesta...yihaaaa...yimba2. Lepas seronok2 menyambut Hari Raya Aidil Fitri 2 hari lepas jadi sepertimana yang telah dirancang tibalah masanya untuk kite berkumpul dalam satu kumpulan keluarga yang agak besar dan susulan dari itu YDP telah mewujudkan kelab 'WARISAN CHE ISA'. Kelab ini memang ditubuhkan untuk kami adakan acara tahunan iaitu salah satunya family day nie lah. Yuran bulanan yang amat berpatutan dengan faedah yang berganda...wah, dah serupa wat promosi lak nie.
Okay, berbalik pada crite asal kite. Acara ini kami sepakat adakan di sebuah resort yang bertepian dengan pantai. Lokasi dan nama resort terpaksa dirahsiakan atas sebab2 keselamatan dan privacy family (huhuhu...sebenarnya x ingat nama pantai tu ape). Kami check-in resort petang 1 September 2011 sekitar jam 3.30 petang. Mulakan dengan seisi sembang menyembang sementara menunggu rombongan keluarga yg lain tiba. Nyambil2 tu jamu selera mkn petang dengan aneka juadah pakat bawak sikit sorang...sikit sorang pun tp bile dikumpul bleh kenyang smpi mlm. Aktiviti petang tu adalah aktiviti bebas, ade yg main bola pantai, budak2 kecik jgn citer ler....dah nampak pasir + pantai apalagi berguling-gulingan ler keseronokan. Hahaha...yg kaum2 ibu ade yg duk bercerita-ceriti hal/isu semasa, seronoknye yer? Nanti kite sama2 saksikan kenangan sambutan Hari Keluarga Warisan Che Isa secara bergambar yer...
Yang nie baru nak mulakan acara isi air dalam botol. Kanak-kanak yang terlibat adalah 12 tahun ke bawah. Kalo nampak ade mak2 budak tu jgn salah sangka...diorang tu x leh masuk acara tp dalam pada tu menelan air liur jugak ler teringin nk joint, hahahaha...


Yang ini pulak nak mulakan permainan rebut gula2. Huih...seronok ler budak2 bile bertabung-tabung gula2 yg beraneka jenis diperuntukan untuk menjadi rebutan diorang. Kekanda suami tu dah pegang sebekas gula2...agak2 nk wat masuk dalam poket ker tu?huhuhu.. 
Hurmmmm...tengok tu, terlampau nk pose sampai senyum dah tak tentu hala. Macam2 gelagat time nie. Kakak (baju putih) kat belakang dah bercekak pinggang. "dah tak sabo nk kutip gula2 ker kak?"hihihi. Time nie yg ramai2 kat belakang tu bukan sume anak2 buah aku tp dah bercampur dengan budak2 kampung sekitar resort tu. Diorang nak joint skali tp sori yer dik...ini just for internal so jadi penonton jer lah yer.


Kaum bapak2 yg sedang santai melepak di atas kehalusan pantai ini. Aduhai...seronok sekali panorama seperti ini kan?diorang nie sebenarnya dah pancit ...penat mengejar bola, hahahhaha. Sori abg2 ipar ku...guraw2.
Wahh...tu die, ramaikan budak2. Seronok sangat tau..tp bila nak kawal budak2 nie memang payah. Kejap jer dengar arahan pastu ntah ke mana peginya.
 Hai...ini Muhammad, anak sedara aku. Sekarang sedang menuntut di salah sebuah Maahad yg terbaik di negeri Kelantan
 Ahaaa....nie Qayyum, adik kepada Muhammad. Pasai sampai terpejam mata tu???ini mesti main lempar2 pasir kan???cepat pegi cuci pasni sambung main lagi.
Olo..lo..lo..lo...yg nie budak comey anak Cikgu Zaharah (kakak aku jugak). Namanya Irdina, kecik molek budaknya...comey ler awak. Shiannn die...time nie die nak belon tp sume budak besar2 tak perasan dengan die yg kecik tu. Suka tengok muka die time nie....hehehhe, muka menagih simpati. Tp at last dapat jugak belon kat die...

Okay...dah abis layan gambar2 tu kan. Malam kami adakan barbecue. Sorilah...malam tak der seisi snap-menyenap gambo, masing2 dah penat dengan sukaneka ptg td. Ikuti gambar2 di bawah pada keesokan harinya yer...layan.




Pagi nie anak2 buah sume bangun awai coz nak tgk matahari cantik. Aku kuar lewat sikit tapi masih belum ketinggalan untuk menyaksikannya dan ini adalah hasil tangkapan daripada android aku...huhuhu, cantik sangat kejadian Maha Pencipta.










Nama pun bebudak, suka sangat main2 pasir cenggini. Eh..jap2, budak2 ker?nampak cam ade bapak budak gak tu....hohoho. Teringin ker Yang?x per lah...mainlah main. Kat sini pun bukan ade orang lain...sume keluarga kite2 jer.








Ada sekumpulan lagi dah terjun ke laut. Huhhh...ini x bleh jadi,
nak terjun jugak tp ermmm....sejuk ler lagipun awai lagi nie.
Aisy lepas dah tu....selam dalam air dengan berbaju tido terus, lagi bersemangat
.






























Hey...aisyah, imanina, iffah...udah2 ler tu. Dah tengahari nie...jom naik, kang terbakor kulit tu kena panas matahari. Moh3...naik makan pulak
















Masing-masing dah lapar....lepas penat main air laut perut dah lapar, hermm...memang sedap ler pekena nasik berlauk sebungkus sorang.

wahhh....masing2 sedap menganga dan menyuap yer??
huhuhu....dah memang time breakfast, makan lah..sila2 jangan malu2 dan jangan pedulik dengan kamera nie.

ape yg ditengok Muhammad kat sini?cam tau2 jer org nak snap gambor die yer...huhuhu
Acara lepas makan ade lagi upernya. Nie antara muka2 ajk utk acara nie.
Permainan 'Mencari Harta Karun' bermula....yehaaaa,
 jom kita pakat cari petunjuk kat setiap check point.
Tp pasai per aisyah dah serupa nk menari inang jer tu...jari melentik molek jer. 
candid: time nie aisy tgh melayan irdina yg comey tu.
 Budak comey tu memang serasi dengan sepupu2 lelaki.  

Nie lah syahirah...anak achik merangkap anak sedara aku jugak.
Sian dgn syahirah, baru baik demam nie.
Time tgh wat barbecue mlm td die sorang yg tak joint.
Tapi pg nie dah sihatkan, bleh ler main.
ini aizat, abang syahirah. Awat muka cenggitu...frust ka?heheheh...
Tengah menunggu acara penyampaian hadiah...yuhuuu.
Abg lie, tgh menilik ape tu...ralik jer nampak.
Budak2 nie tengah berpesta belon. Haaa...layan anak & adik masing2 yer.
Muka masing2 yang ceria. Seronok sangat dapat berkumpul cenggini tau.
Tgk k.imin  yang berdiri kat atas tangga tu. Ape agaknya yg dibebelkan tu??
tengah menunggu nama dipanggil untuk terima hadiah ler tu.
Eh..anak en.kamal ade menang dalam  mana2 acara ker?
Acara penyampaian hadiah bermula. Hadiah telah disampaikan oleh
Penaung Kelab Warisan Che Isa iaitu Hajjah Saodah Yaakub.
Wajib bergambar setelah hadiah diterima
suka sangat k.imin tu dapat hadiah. Menang untuk acara apa ker ntah...hehehehe,
ker tolong wakilkan ambik hadiah kut.
aiii...achik pun dapat gak ker?masuk acara per yer?huhuhu...
anis pun terima hadiah jugak...
ini lah pengasas Kelab Warisan Che Isa....Congratulation

Okaylah, setakat ini sahaja cerita sempena sambutan Hari Keluarga Waridan Che Isa buat kali pertama ini. Pantun penutup:

"Kalau ada sumur di ladang, 
bolehlah saya menumpang mandi, 
Kalau ada umur yang panjang 
bolehlah kita berjimba-jimba lagi"

KELUARGA BESAR "WARISAN CHE ISA"



i luv Allah.....

Isnin, 8 Ogos 2011

Puasa oh puas ker??

8 Ogos 2011 - hari ke 8 kite berpuasa ttp tidak bg aku yg baru masuk hari ke 2 mula berpuasa setelah 6 hari meninggalkannye...huhuhuhu. Sekarang ade kat ofis, menunggu saat2 untuk pulang tepat jam5 nanti. Aduyai....seksanya zahir & batin aku dalam penantian ini. Rasa nk pecah dada dek kerana kebosanan dan tension yg teramat sangat. Badan pun masih lenguh2 akibat bersenggol2an sepanjang malam duk atas bas malam td. Perjalanan selama lebih 5 jam dari Dungun ke Kuala Lumpur memang memenatkan. Sesampai jam 5.15 pg td kat hentian putra, aku dah agak mesti tak sempat nak bersahur kat umah. Mujur jugak semalam aku dah sedia dengan bekal roti dan air. Bersahurlah aku seorang diri dalam keta sementara memanaskan enjin keta. Yerlah...dah 3 ari tinggal, kena ler dipanaskan dulu....sian kat 'Chayang Comey-Comey' aku tu. Nk pakai lama ape CCC tu, cayang die.
Sesampai umah dah pukul 5.44, check2 waktu imsak 5.42 pg....alamat dah past 2 minit!!!tp kat surau belum dengar bunyi org mengaji lg. Bolehlah teguk beberapa teguk air kosong. Niat awai nk bancuh air milo tp air panas lak x der. Takder org bangun sahur ker???
Tak lama kemudian berkumandanglah azan menandakan masuknya waktu subuh. Segera aku tunaikan kewajipanku kepada Allah s.w.t. Jam 6++ aku sambung tido...sempat lg kut. Bile dah landing atas tilam tu....uiissshhhhhh, nikmat dunia nie. Makan masa jugak ler sebelum bleh nak melena, baru nak lelap dah jaga....jam dah kul 6.50 pg. Aisey....kemalasan betoi ler. Urat belum habis kendur lg dah bertambah bersimpul pulak! Tapi demi kerana tanggungjawabku sebagai penjawat awam ini, maka ku gagahi jualah diri untuk bangun dan membuat ape yg patut (cesss....ayat cam bagusss sgt). Bagus tak bagus lah kan kalo dah datang dari jauh nie semata2 nk berkeje...ape ker jadahnye kalo semata2 dtg ke mari utk tido, yer dak?
Itu ler...ade baik dan buruk keja jauh2 nie. Yg bagusnya, bleh jadikan kite nie seorang yg bermotivasi (eleh..), bersemangat waja 1.6cc, jiwa kental cam getah sekerap dan sangat berdiri di atas kaki sendiri @ berdikari. Itu yg baiknya yang buruk lagi banyak iaitu bile kerap berulang-alik dengan bas setiap minggu, kite akan cepat dikenali oleh penjual2 tiket bas dan driver2 bas...hehehhe. Glemer ler kunun tp aku tak suka sume tu. Melangkah masuk dalam Stesen bas jer, pandang kiri nmpk org tu..pandang kanan nmpk org nie, pandang depan nmpk die tu dan pandang belakang nmpk makcik jaga tandas plak. Sume kite kenal dan tak sah kalo x der org nk menegur. Keburukan lain lg, mood yg x stabil setiap kali memulakan kerja di hari isnin. Pasai aper tu, badan dah letih coz sepanjang ahad malam duk tdo sambil duduk di atas bas. Kalo lena okaylah jugak, kalo x bleh tdo...jawabnya qada ler sepanjang hari isnin di ofis. Masalah lain bile kerap berulang dengan bas nie sering berhadapan dengan mcm2 ragam penumpang bas. Payah bile diorang rasa bas tu macam keta sendiri. Huh...malas nk criter, nanti jadi ngumpat pulak...huhuhu. Haaaa...itu ler antara baik2 dan buruknya bile menjadi perantau nie. Senaraian tu just yg penting2 jer...nk list sume byk. Aku pun dah malas nk berceloteh. 
Berbalik semula crite pasal berpuasa tadi. Bile masuk bulan puasa dengan situasi yg sentiasa berulang2 setiap hujung minggu nie, pada aku kurang memberi keseronokan berpuasa tu. Seminggu sekali dpt ler bangun sahur dan berbuka puasa dengan kekanda suami dan anakanda. Suasana bulan Ramadan tak terasa puas untuk dinikmati. Bagi menjawab balik tajuk yg aku cipta berbentuk soalan tu...jawapannya adalah "puasa yang tak puas ler der". Selamat Berpuasa Semua.  
Gambar yang tidak memberi apa-apa maksud hanya sekadar untuk perhiasan dan
wat tatapan kekanda suami dan anakanda yang jauh di mata.
i luv Allah....