Sabtu, 5 Januari 2013

ridiculous entry

hahaha....baca tajuk pun dah ntah hapa jer lah.
Alahai...pe sai keboringan melanda time2 cenggini nie. Macam tak best jer...errrmmmm, rasa serba tak kena. pasai per ah...boring duk kat umah kut. Dah sampai masa i kena bercuti kut. Nak keluar dari suasana rutin harin, pagi keje sampai petang...balik lepak kat umah smpi malam, basuh baju...sidai kain...kemas dapur..teman aisy wat ker homework, aduhai....steressss jugak wei.
 Next week ade cuti beselang...antara Deepavali dengan Awal Muharam, plan nak cuti...nk jenjalan2 dgn hubby and anak. Kalo ambik 3 har dapat cuti direct 9 hari. Hish...dah sah2 tak lulus cuti smpi seminggu tu. Herrrmmm...kalo cenggitu biar i ambik 2 ari jer. Okay lah tu...dt least dpt 6 ari direct. Plan nk ambik Rabu sebelum Awal Muharam tu and Jumaat selepas tu...hihihiih.
emmmm...itu jer lah nak cakap (huhuhuh......ntah hapa-hapa), okay..tataaaaa....

i luv Allah...

Isnin, 22 Oktober 2012

AnaK-aNak SauDara

Assalamualaikum..
Nak bercerita pasai anak-anak sedara i. Setakat ini dah ade seramai lebih daripada 30 orang...huh, satu angka yang agak besarkan. Tahun depan insyaallah akan bertambah lagi dan lagi dan lagi...!Tapi memang seronok ade anak sedara ramai nie. Rumah meriah setiap kali ade acara kenduri atau makan2. Kalau i sekali-sekala balik umah Chik kat Kota Bharu, memang gegar rumah tu. Macam2 gaya ade. i nk show some picture semasa i balik umah Chik baru2 nie. Yg ade time tu hanya anak2 sedara daripada 3 ibu jer iaitu kakak, achik & i (terkonteng2 sorang tu jer pun..huhuhu). Best time tu...diorang wat bermacam-macam aksi, maklum aje lah...ramai laki yg hero2 belaka. Malam tu memang happening...gamat umah Chik dengan suara2 diorang jer, i like it...very2 like it. Form this time i still miss that moment.

inilah antara anak-anak buah kesayangan i, yg no.2 dari kiri tu termasuk anak i sendiri...heheheh
i suka tengok kemesraan antara mereka. Walaupun adakalanye bergaduh dan bertumbuk, itu hanya sekadar selingan sahaja kerana akhirnya mereka akan kembali akrab.

qayyum & hakim, dua daripada anak sedaraku yang mengikut kata...bagus3, cikngah sayang korang.

aisy yang dah penat melompat, hadi yg mula2 tu x nak campur dengan set2 budak tadika...hahahhaaa
sapa ler yang wat lawak sampai ternganga budak dua beradik nie. Geli hati sangat ler tu..
sapa yang lompat paling tinggi...


wat barisan nak masuk tido...dah tengah malam, huhuhuh.

i luv Allah....

Ahad, 14 Oktober 2012

Teratak Bonda... GaunG viLLa

Assalamualaikum...
Rumah Chik dah siap...yer, alhamdulillah syukur. Hasil daripada susah payah kakak dan abg zaip yang ade bersama2 dengan Chik..akhirnya teratak bonda "GaunG viLLa" tersergam di tapak asalnya. Walaupun tidak 100% upgrading tp hasilnya adalah lebih baik berbanding sebelum ini. Rumah Chik sekarang dah ade 3 compartment iaitu ruang dapur, ruang tamu dan ruang menonton. Dapur dgn ruang tamu tu totally buat baru tapi ruang menonton adalah rumah asal. Masih lagi berlantai dan berdindingkan papan. Itu adalah kehendak Chik yang nak kekalkan sedikit rupa paras rumah yang dibuat oleh arwah ayah. Bagus idea Chik tu, at least masih ada jugak bunyi tapak2 kaki  cucu-cucu Chik yang bising berlari-lari di ruang tu. Satu moment yang sangat seronok. Seolah-olah mengimbau kembali zaman kanak-kanak dulu..wahhhhh, rindu nak balik rumah Chik..huhuhuihu. 
gambar sebelum ketika pembinaan sedang dijalankan.
gambar selepas
pandangan dalam ruang tamu
ruang menonton
Gitu ler sikit gambaran keadaan umah Chik sekarang. Selesa, besar, luas dan boleh menampung kapasiti penghuni yang agak ramai sekiranya ade kenduri atau majlis berkumpul kami adik-beradik. 
Okay, i stop setakat ni dlu...tataaaaa.

i luv Allah.. 

Sabtu, 21 Julai 2012

Salam Ramadan 1433

Assalamualaikum,
Salam Ramadan semua. Bulan yang dinantikan oleh semua dan i pun dah tak sabar2 nak berpuasa. Herrmmm....puasa ker?cam tak jer...huhuhu, awai2 dah raya...ntah hapa2 jer lah. Besa ler...nama pun org pompuan kan, ade kelebihan....bleh ponteng dengan izin. Malam nie dah start solat terawih. Seronoklah weh...suasana malam bulan ramadan memang terasa kelainannya. Syahdu lain macam, nak2 lagi tahun nie i menyambutnya berdua dengan aisy. Jauh dengan hubby apatah lagi Chik yang berada di seberang laut sana. Orang lain sume pakat balik menyambut puasa kat kampung. Petang tadi abis ofis hour berpusu-pusu orang nak balik hari nie jugak, kononnya nak bersahur malam pertama dan esok berbuka puasa bersama keluarga dan orang2 tersayang. Huishhh....bestlah diorang, kami berdua jugaklah yang saling pandang-memandang sesama sendiri. Huhuhuhu....ape nk buat, nama pun merantau...kena sedar diri. (ayat cam syahdu...konnon). Namun demikian, sempena menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini...i dengan rendah hati memohon kemaafan dan keampunan daripada semua yang membaca blog a.k.a diari Citra Fareda ini. Buat hubby yang tersayang, ucapan i sempena ramadan ini...i mohon ampun & maaf atas segala salah & silap i selama nie. Maaflah kerana tahun ini i tak dapat menyambut 1 Ramadan dengan u, x dapat bangun & sediakan sahur untuk u, x dapat masakan juadah berbuka utk u (walaupun sebelum2 nie pun i jarang wat juadah berbuka...ahak2) dan tak dapat tunggu u balik dari terawih. Walaubagaimana pun darling, i x pernah lupakan u...everything what i do, i never forget u. 




Salam ramadan from:
>>>>ur lovely wife n son<<<<

i luv Allah....

Khamis, 19 Julai 2012

19 Julai 2012


Assalamualaikum,

Tanggal 19 Julai 2012 genaplah setahun pemergian ibu saudaraku atau lebih mesra dengan panggilan kami anak2 saudaranya sebagai Mokcik. Tiada hadiah seindah kalungan surah Al-fatihah, inilah hadiah terbaik yang dapat aku hadiahkan untuk menemaninya disana. 


Tenang dan damailah mokcik di sana. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

..........Al-fatihah..........

i luv Allah....

Rabu, 18 Julai 2012

MaalSalamah Ya Ummi

Assalamualaikum,
Untuk makluman semua kengkawan sekalian, hari ini bonda i berangkat ke tanah suci mekah buat kali kedua untuk mengerjakan umrah. MaalSalamah Ya Ummi...semoga umrah ini mendapat keberkatan dan Rahmat dari-Nya, insyaallah. Alhamdulillah, syukur kerana dengan izin Allah taala sampai jugak hajat bonda i untuk berpuasa di sana. Semoga Allah melindungi perjalanan bonda i dan rakan2nya. Hari nie i sanggup ambik anual leave semata-mata nak iring bonda kesayangan kat KLIA. i, hubby n aisy tiba kat airport seawal jam 12.30 tghari lagi walaupun tau bonda i tak sampai lagi time tu. Takpe lah at least x der lah kami terkejar2 dan tercari2 nanti. Org kat airport ari nie agak ramai. Bercampur-campur dengan  rombongan umrah yg baru sampai, yg nk kuar bercuti ke luar negara dan ke mana hala saja lah. Cambiasa, cerita bergambar menyusul di bawah:

i dengan Chik....tgh check pasport dan kelengkapan untuk check-in

Abang, Razak, Aisy, Chik n Hubby. Chik tengah sibuk layan panggilan peminat (hehehehe).

Razak, i, Chik n Abang. Haa...tu dia, abang lak tgh layan penggilan peminat...huhuhu

yang nie candid, snap time masing2 x ready. Tengok aisy tu sampai terjongket bahu,
Chik lak masih melayani panggilan dari peminat...hihihi, sempoi.
Demikianlah serba-sedikit kisah bergambar untuk tatapan adik-beradik i yang x dapat mengiringi Chik sampai kat kl. Doakan semoga bonda kita selamat mengerjakan umrah, berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan selamat kembali ke Malaysia penghujung bulan Julai ini. 
.............Wassalam.............

i luv Allah...

Khamis, 14 Jun 2012

Rumah Lot 1590A

Assalamualaikum,
Yiehaaaa....alang2 dah start cerita mula ler nk menulis jer. Kalo tak start terus jadi pekasam jer blog nie....basi terus dah x sedap, ehek. 
   Kali nie lak nak berceghite pasai rumah pusaka kat Kota Bharu. Skrg nie didiami oleh Chek & kakak sekeluarga merangkap peneman Chek dikala kesunyian. Berkat rezeki Chek yang murah, maka Chek pun memasang niat utk memperbaikinya supaya lebih kukuh. Maklum ajer lah...rumah tu dah agak uzur dan lama. Chek kata dah lebih 40thn usianya. Itu ler yang bleh dijadikan kenangan hasil binaan arwah ayah. Kami sume sayangkan umah itu. Dari tahun 1988 kami mula berpindah ke rumah tu selepas ayah meninggal. Macam-macam kenangan suka, duka, pahit, manis dan segala macam rasa kami kat rumah tu. Ketujuh2 adik-beradik i dari k.ma, kakak, achik, abang, thok, i sdri and razak sume berkawin kat umah nie. Ada jgk yg melahirkan anak (cucu Chek) kat sini jgk  & i plak pilih berpantang kat situ 6 thn lepas. Aduyai...memang touching and high value lah. Sekarang walaupun masing2 dah kuar dan berhijrah keluar dari rumah tu, namun kami tetap balik ke situ jugak. Mana lagi kami nak terjah kalo bukan ke situ. Itu lah umah Ibu kami...pusat berkumpulnya kami sekeluarga. Bilangan keluarga kami semakin membesar maka itu adalah salah satu faktor yang mendorong untuk Chek membaikpulih rumah kesayangan kami semua.
 Last week i balik kg, sempat jgk lah ambik picture saat2 terakhir rumah tu dirombak sedikit. Tp yg dinak dibaiki sepenuhnya hanya dibahagian dapurnya sahaja. Untuk part ruang tamu Chek nak kekalkan yang asal cume gantikan bumbung dan lantai yg baru sahaja. Lepas tu tambah bilik lagi satu. Haaahhh....i tak sabar nak tgk rumah pusaka tu selepas make over. Bersama2 ini i slotkan sikit gambar sebelum dan selepas part dinding dapur tu ditanggal.


Sebelum:  bucu dapur yg dinding zink tu tempat memasak tau.

Selepas: saat2 dinding dan zink bumbung rumah mula dicabut satu-persatu. 
Anyway, bagi pihak adik-beradik i nk wish million of thanks to my brother in law iaitu abg zaip coz dengan jasa dan usaha die lah sume nie dapat dilaksanakan seiring dengan kehendak Chek. Juga kepada kakak i merangkap isteri kpd abg zaip yang selama ini tolong jaga dan tengok2 kan Chek untuk kami. Kami berhijrah bukan suka2 tapi atas tuntutan kerjaya. Insyaallah, murah rezeki nanti i akan kembali ke negeri Kelantan nie....Amin.

i luv Allah....